08 Disember 2011

Ulasan: Ombak Rindu

Baru sahaja selesai menonton dan pulang ke rumah jam 2.30 pagi. Sanggup tunggu tayangan 10.40malam sebab terpengaruh dengan komen di FB tentang Ombak Rindu yang katanya sangat best tu!

Eh, sebelum tu, rambut sama hitam hati lain-lain ye. So, macam tu juga pandangan I, mungkin tak sama dengan mereka yang lain yang dah menonton dan sangat suka Ombak Rindu tu.

Apabila selesai sahaja menonton, dalam perjalanan pulang ke rumah, Azreen adalah mangsa I untuk minta pandangan tentang cerita tu. Tanya kat dia cerita tu best tak, faham ke cerita tu?

Jawapan Azreen:

"Tak best langsung. Cerita macam semua nak cepat. Takkan baru' main' sekali dah teringat2 dan terus nak beli perempuan tu. Bercinta pun tak tunjuk sangat, tahu-tahu je dah jatuh cinta kan main. Nasib lah lagu best, so part-part yang sedih tu adalah feel sikit sebab hayati lagu best tu. Yang lain-lain I tak tahu sebab I tidur."

Itu pendapat Azreen.
Pendapat orang yang tak pernah baca novel Ombak Rindu.

I boleh bagi markah 3/10 je untuk cerita Ombak Rindu yang difilemkan tu. Dalam setiap scene yang sentiasa macam nak cepat habis seperti yang dikatakan Azreen, I tertanya-tanya part mana yang I patut nangis.

Ya, I faham, bukan mudah nak terjemahkan isi buku yang tebal untuk tayangan filem yang hanya 2 jam itu tapi setiap scene perlu ada kesinambungan penceritaan supaya orang yang tak pernah baca novel OR boleh faham.

Overall, takda scene yang terkesan di hati selain sinematografi yang cantik dan lagu yang best tu jelah. Walaupun, takda scene yang terkesan di hati tapi ada beberapa perkara yang dapat menarik perhatian I:

1. I hairan kenapa Izzah tu pakai tudung, anak tudungnya terkeluar lebih daripada tudung. Mungkin nak tunjuk imej kampung sangat kot pakai gitu. Ada part, tudung Izzah, siap nampak renyok kan main tak iron. Haishh!

2. Part mengaji, sedih mak nakkk jadinya! Ya, Maya Karin dah cuba untuk mengaji, tapi patutnya dia pergi belajar dulu sebutan tu betul-betul.

3. I tak berapa minat lakonan Lisa Surihani tu walaupun muka dia comel dan Azreen minat LS sangat2. Entah, pada I, LS macam tak boleh berlakon je.

4. Maya Karin tak sesuai pegang watak tu. Nampak tua. Dalam scene sebelum cerita nak habis, time dia duduk dengan LS tu, Maya dah LS dah nampak macam ibu dengan anak je dah.

5. Untuk adegan hampir 18sx tu, kan main lagi. Good job lah abang aron! Adik-adik yang menonton time cuti sekolah ni pun bukan main suka lagi tengok.
Psst, baik isteri Aron kan, tak jealous langsung. =)

Ok dah!
Itu sahaja ulasan I, dari kaca mata seorang penonton wayang biasa. =)

10 ulasan:

  1. belum tgk lagi...tp majoriti org ckp xbest sgt...xsama mcm novel

    xtahu la pasni drama lg best kot n panjang jln critanya

    menanti dgn sabar klu ombak rindu di drama kan n tukar heroin muda...hehe

    BalasPadam
  2. si kecik kamu tinggal kan dekat mana...

    elin nakkkkkkkk g jugak tp mana nak tinggalkan amani..nnti kalau bawak 1 panggung menjerit nanti.. ;p

    BalasPadam
  3. Masni,
    Tu lar, ada yg kata best, ada yg tak. Terpulang pada yang dah tengok.


    Elin,
    =p Si kecil tinggal dengan adik. =)
    Meh hantar amani kat sini meh, nnt awak boleh pergi tengok.

    BalasPadam
  4. patutla hati n i xditarik2 utk p tgk kat wayang... hihi mmg xbaca pn novel tu.. so tggu jer la kwn2 mndonlod nyeee.. promo jer y hebat sgt kot...

    BalasPadam
  5. yeahh akhirnya ada jugak orang yg bersetuju mcm saya....saya rs Ombak rindu versi filem ni kena letak 18PL or 18SX...mmg sgt xsesuai untu kanak2...lagi2 lakonan azizah mahzan yg lebih sudu dri kuah...xrasa nk insaf ke...

    ehehe salam tumpang komen yea

    BalasPadam
  6. hahah...maybe sebab die nak ikut sangat buku kot...tapi i pun rase cite die takde la besh sgt...tapi I still rase Lisa berlakon besh..hehe comey.:P

    BalasPadam
  7. aku tgk ari selase baru neh..
    bg aku xbesh la..
    sebab mmg die ubah dr novel.
    kalo die ikut 100% novel tu mesti besh..

    pttnye hariz jatuh cinta lps tgk izzah tu lembut, baik + tetap xtinggal agama die. bkn sebab lps dapat main ngn Izzah. huhuh

    haku pons xnanges tgk cite tu.
    baru je nak tacing dah masuk babak lain. hahahah

    BalasPadam
  8. Aliah,
    Tau xpe. Ta dapat nak feeling lebih2 pun kan.

    BalasPadam
  9. ish... ish... ish... kita pun tak suka OR... ni komen kita.. hihi...

    http://dhiyaz86.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-vs-raone-astrofirst.html#comment-form

    BalasPadam
  10. cite ni best kalau kita nak cari best..hehe..

    BalasPadam