27 Disember 2011

8 bulan.







Selamat Ulangbulan kelapan Sayang! =)

Perkembangan 8 bulan:

1. Dah boleh duduk dan cuba merangkak. Tapi setapak je lah merangkaknye kemudian dia duduk balik. Takut-takut lagi.

2. Dah laju memanjat badan Mummy, katil atau apa sajalah yang dapat di paut tanpa bantuan. Tapi balancing masih tak berapa stabil. Ikut nasib je boleh berdiri tanpa jatuh. Haha.

3. Dah makan bubur nasi yang diblender 2x sehari dan menghasilkan poopoo yang MasyaAllah baunya!

4. Dah pandai pilih orang kalau nak dukung. Tapi kalau orang yang nak ambil dia berdiri, takde pilih-pilih dah, hulur tangan aja.

5. Dah pandai bye bye orang dengan dua cara ikut mood. Satu, kamit-kamit tangan ke arah dalam atau digoyangkan seluruh tangannya. Kalau mood tak ok, kau suruh sampai hilang suara pun takkan dibuatnya.

6. Semakin menujukkan tahap ketidaksabarannya. Lambat bagi susu atau apa je lah yang lambat, memang dapat tengok drama air mata free sambil meraung lah. Menangis meleleh air mata macam kena pukul.

7. Menderam dengan kuatnya kalau melawan dan nampak baby lain.

8. Kalau suruh sayang, dia akan rapatkan muka dia ke pipi kita sambil mulut dibuka macam nak makan orang. Tu sayang (cium) stail dia lah.

9. Kadang-kadang termeniarap sendiri tanpa sedar dan sambil meniarap digoyang-goyangkan kakinya. Tapi kalau dia tersedar yang dia meniarap, memang meraunglah minta tolong dibalikkan.

10. So far, Alhamdulillah tak susah pun nak menjaga dan melayan karenahnya. Walaupun ada masa, tahap kesabaran tak dapat dikawal, tapi selalu pujuk hati, "Alah, kalau marah dia pun, bukan dia paham". =)


Nota lipscumel:

"Hmmm, makin membesar Iman Raneeya, makin banyaklah soalan cepu mas tanya bila nak tambah lagi sorang."

Haha.


Tunggulah ya.
Kalau ada rezeki, ada. Kalau tak, kami akan usaha.

6 ulasan:

  1. alahai neeya... comel tul... geram3... pinjam nk dukung leh x ain????? ;)

    BalasPadam
  2. comelnyaaa iman raneeya... geram nak cubit...

    p/s:terima kasih...

    BalasPadam
  3. Ma,
    Hehe. Boleh je nak dukung kalau jumpa.


    Hanis,
    Maceh auntie Hanis.

    BalasPadam
  4. semakin hari semakin comel dah nih....pandai dah tunjukan mcm2 perangai kan.
    nnti kamu nak g kerja pun payah sebb rasa mcm nak cuuutiii jer nak layan die punya kerenah yg comel tuh.. :)

    BalasPadam
  5. masa inilah kena hati-hati sebab anak2 suka kutip apa saja di lantai letak dalam mulut!

    BalasPadam
  6. Teratai,
    Betul tu, kena bagi perhatian betul-betul kat dia sebab semut pun dia boleh kutip.

    BalasPadam