04 November 2011

Iman Raneeya @ 6 bulan.


Sebelum ni risau bila Iman Raneeya masih belum hendak meniarap walaupun dia dah 6 bulan. Dia bukan tak boleh meniarap, boleh je dia angkat kepala tengok kita sambil sengeh-sengeh bila kita tolak badan dia untuk meniarap. Tapi kejap je lah. Lepas tu tak dia meraung, dia terlentang kan balik badan dia semula. Memang dia tak nak berusaha langsung pun untuk meniarap.

Selain itu, I juga risaukan berat badan Iman Raneeya yang tak berapa nak naik. Tak gebu gebam macam baby-baby lain. Haritu time 5 bulan berat dia 6.2kg. Sekarang, 6 bulan pula, berat dia naik 6.5 je walaupun ai dah start bagi dia makan since 5++ bulan. Baby-baby bawah dia yang ai jumpa di klinik semuanya gebugebam even ada yang baru 3 bulan.

=(
Mak mana lah yang tak risaukan tentang anak sendiri kan?

So semalam pergi klinik, Nurse tanya Iman dah meniarap ke?

I pun berterus-terang je lah yang Iman Raneeya masih belum meniarap, cerita kan sikit kerisauan I dan maklumkan skill-skill Iman Raneeya yang terkini,

1. Mulut bising asyik sebut abah, abu abah, bahbah. Suara Iman Raneeya besar.
2. Suka buat bunyi cet cet cet cet guna lidah dia.
3. Bila dibaringkan secara terlentang, mesti dia akan cuba bangun sambil topang siku dia kat lantai.
4. Suka duduk. Bila didudukkan dia sambi kepung bantal kiri kanan depan dia, dia akan main dengan mainan-mainan dia
5. Bila cucuk perut dia, agah, buat bunyi bom, mesti dia akan mengekek2 gelak.
6. Bila dia bangun tidur dan orang lain belum bangun lagi, dia akan bersuara hu, hu, hu untuk kejutkan orang.

Lepas bagi jawapan, Nurse bagi Iman Raneeya buah strawberry yang lembut-lembut kenyal tu pada Iman Raneeya. Dia ambil, belek-belek dulu dan ramas buah strawberry tu dengan dua tangan dia kemudian dia ketuk-ketuk buah tu kat meja Nurse. Masa Nurse nak tulis kat buku laporan bulanan pulak, Iman Raneeya cuba rampas pen Nurse.

Sambil gelak Nurse tu cakap 'Ok, baby lulus! Mak Iman jangan risau lah. Baby ni perkembangannya lain-lain. Iman ni mungkin akan terus merangkak dan duduk je. Dia mungkin tak meniarap langsung sebab dia dah boleh duduk pun dan balance kan badan. Lainlah kalau tak bagi tindakbalas langsung kat kita, tu mungkin baby yang bermasalah.

Tentang berat tu pulak, janganlah risau. Berat dia walaupun naik sikit tapi dah elok dah tu. Graf pun cantik je ni. Jangan tak naik langsung dah lah, nanti kami membebel.'

Alhamdulillah.

Mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Nurse tu, barulah I yakin dan tak risau lagi. =)

"Sesetengah bayi tidak meniarap – mereka melangkaui tahap perkembangan ini dan mara ke duduk dan merangkak - dan sesetengah pula menganggap memusing dan menggolek sebagai cara pengangkutan daratan yang utama. Selagi anak anda terus mendapat kemahiran baru, dan menunjukkan minat untuk bergerak dan menjelajahi persekitarannya, jangan bimbang. "

Sumber: Babycenter



8 ulasan:

  1. ala kecik kecik pn comel lote kan neeya kan :)

    -gajahputih

    BalasPadam
  2. Auntie CT Aja,
    Tq auntie. =)


    Makcik GP *amek ko, makcik terus =p,
    Maceh makcik.

    BalasPadam
  3. Ain.. betul tu... yang penting dia punya reaction... :) comey and sihat Iman... alhamdulillah.... :)

    BalasPadam
  4. Leo,

    *sengih.

    Risau terlampau I ni.

    BalasPadam
  5. dear, lain anak lain perkembangan dorang dia...jgn risau yer..

    anak aku si abang tu lak tak merangkak, meniarap pas tu terus duduk jer...hehe...

    BalasPadam
  6. Auntie Noora,
    Tq auntie.


    Wahidah,
    Almaklumlah, anak sulung. Tu yang risau manjang je. Kalau anak kedua nanti, dah ada pengalaman, mebi tado risau na dah la.

    BalasPadam