17 November 2011

Bukit Broga lagi.


First time naik Bukit Broga sehari sebelum puasa haritu selepas 4 bulan setengah habis pantang untuk meraikan Ulangtahun pertama perkahwinan I dan Azreen.

Semput juga lah naik pada masa tu sebab faktor fizikal yang dah membesar. Siap sekerat jalan minta nak turun lagi sebab tak larat, tapi Azreen bagi support untuk teruskan juga. Alhamdulillah, berkat moral support suami, berjaya juga ahkakkk sampai atas tu tau!


Kali pertama haritu pergi dengan adik, sepupu dan kawan-kawan adik. Pergi dengan orang-orang muda belia, alamatnya, kena tinggal kat belakang je lah kita ni.


Muka gembira bila dah sampai. Lagi gembira sebab first time naik Bukit Broga sambil menyambut first anniversary.
Cuba tengok cina kat belakang tu, rilex je pakai macam tu naik bukit.


Ni pula second time naik Bukit Broga. Kali kedua, dah laju dah. Siap jadi tukang support pulak kat orang yang tak larat. Cewah, kan main lagi kan. Time ni juga lah I jumpa buaian tempat Syeikh Muzzafar buat pre-wedding.


Kali kedua naik atas permintaan makcik (berbaju merah pegang botol air) yang dok jauh di Kulim nuuuu. So, permintaan orang jauh tu haruslah ditunaikan. Nasib baik dah larat dah tau. =)


Sempat juga lah buat sesi bergambar post-wedding syok sendiri kat atas tu ha.
Nampak puncak kat belakang tu? Tu lah puncak Bukit Broga. Tak boleh beramai-ramai naik kat atas tu sebab puncaknya sempit.

Minggu ni pula akan naik Bukit Broga lagi untuk kali ketiga!
Dan yang pasti untuk kali ini, aktivitinya lain sikit dari sebelum ni sebab kami akan berjalan malam, camping kat atas dan paginya baru bergerak turun.

Semoga cuaca dan semuanya akan baik-baik sahaja lah.

Bila ditanya, apa yang best sangat lah asyik pergi Bukit Broga tu?

Jawapan I mudah je.

1. Nak tenangkan fikiran ~ mendaki sambil menghayati kehijauan alam = terasa sangat fresh, tenang dan aman.

2. Nak membina perhubungan ~ melalui aktiviti macam ni hubungan sesama suami isteri akan menjadi erat, hubungan adik-beradik, sepupu, saudara dah lain-lain akan menjadi rapat.

3. Nak bersenam untuk sihat ~ banyak peluh keluar ye walaupun mendaki bukit yang tak seberapa ni.

Selalunya, aktiviti mendaki bukit ni, kaum Cina sahaja yang penuh sebab diorang ni rajin bersenam. Awal-awal pagi lagi dorang ni akan bangun untuk mendaki. Kalau pergi Bukit Bendera, Penang pun sama. Penuh dia orang sahaja. Dari yang muda sampailah yang tua.

Pssst blogers,
Jom kita pergi Bukit Broga jom!
Ada berani? =p

5 ulasan:

  1. so sweet :)
    celebrate anni kat atas bukit, hehe

    BalasPadam
  2. Erin,
    Tq.


    Na,
    Sesekali nak merasa sweet-sweet. =)

    BalasPadam
  3. nnt nak ajak hubby gak la...teringin nak bergambar kat buaian yg sheikh muzaffar buat pre wedding tu...

    BalasPadam
  4. Wahida,

    Pi naik pi.
    Pi dgn suami, tak pun pi dgn bloggers =)

    BalasPadam