21 November 2011

Apam dot dot.



Boleh tersenyum dah sebab berjaya buat kuih ni.
First time buat, menjadi kuihnya. Sedap gebu je ngap-ngap dengan Azreen sambil tengok tv makan panas-panas.

Second time buat, masih bentuk rupa apam, tapi kuihnya keras. Ini semua sebab si kecil tu yang asyiklah nak melekat 24 jam. Baru nak pukul telur, dah melalak. Baru nak masuk tepung melalak lagi. Aduiyaiii, terus keras kuih makkk nak!!

Resipi Apam dot-dot atau Azreen panggil Apam Smurfs

Bahan2 :

3bj telur sejuk dr peti ais (asingkan putih & kuning telur)
2 cawan stengah tepung gndum + 3sudu kecil baking powder (di ayak sekali)
1 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalette
3 suku cawan susu segar/susu cair/santan (mana2 yg suka)
1 sudu kecil esen vanila
Inti bluberry or ape2 je yg korang suke, aku suke oren :)
Pewarna

1. Pukul putih telur dgn kelajuan yg paling max smpai kembang/meringue/bertanduk (pusing kan mangkuk, putih telur tak jatuh)
2. Masukkan kuning telur, gula, esen vanila & ovalette pukul smpai kembang lagi.
3. Masukkan tepung yg telah di ayak dgn baking powder td sedikit demi sedikit berselang selikan dengan susu, pukul pd kelajuan paling minimum masa ni.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk untuk diwarnakan dan masukkan dlm piping bag. Inti jem td pun sama.
5. Picit adunan ke dalam papercup yg telah dimsukkan ke dalam acuan lompang 3/4, kemudian picitkan sdikit inti, dan penuhkan papercup td dgn adunan apam td, last step buat dot2 di atas mengikut kretiviti sendiri.
6. Kukus selama 15minit dengan api perlahan & make sure penutup pengukus ditutup dgn kain bagi memastikan air wap dlm pengukus tidak menitik ke atas apam.

Sumber resipi.

Tqsm pada tuan punya resipi sebab tolong sukatkan bahan-bahan kuih guna cawan. =)

Notalipscumel,

1. Nak buat dot dot tu sangan menguji kesabaran ok. Bila dah tak sabar, terus macam-macam corak dah terhasil. =p

2. Ima Raneeya dah besar nanti mesti seronok kalau buat apam ni dengan dia sebab bila dah diletak pewarna, dah macam nak buat lukisan pulak.

9 ulasan:

  1. teringinnya dni nak buat apam sendiri... :)

    BalasPadam
  2. Dini,
    Buat je lah dini. Senang je tu.

    BalasPadam
  3. haha mesti xsbr nk tggu anak dara tu mnolong kt dapur nanti kan? hehe

    BalasPadam
  4. Na,
    Yep, tak sabar nak buat kuih sama-sama dgn dia. =)

    BalasPadam
  5. aku jugak la tak terbuat2 lagi...amek resepi bukan main lagi, tapi buatnya entah bila...huhu...

    BalasPadam
  6. ida buat ngan si kecil anis, abis besepah dapur, bukan dapur ja, dengan org2 sekali comot ngan pewarna.hehe..dia igt kita main msk2...:) apapun sweet moment bila dpt msk ngan ank, bila kuih dah siap semangat ja suh mak tok n mak sedara dia makan, siap ckp "kakak buat "..hehe :)

    BalasPadam
  7. Wahida,
    Ada masa tu nanti, buat lah ye. Jgn lupa post kat blog lak nnt. =p


    Ida,
    Tu lah kan, tak sabar nak tunggu si kecil ni nanti pulak masuk dapur. Mesti meriah macam ida juga.


    Zana,
    Tangan keras zana, ada masa buat jadi, ada masa tak =p

    BalasPadam
  8. hebatlah..tak reti betul i bab2 kuih muih kek2 ni.

    BalasPadam