24 November 2011

7 bulan minggu hadapan.


Next week dah 7 bulan. Haishh, cepat je masa berlalu. Rasa macam baru semalam je dok bersusah-susah teran princess ni. =p

Progress terkini?
1. Rambut masih halus macam tulah tak tumbuh-tumbuh lepas cukur jambul.
2. Tak nak main dengan toys dia kalau sorang-sorang. Kena ada teman.
3. Dah pandai hulur tangan mintak dukung.
4. Dah pandai sebut tatata, buat bunyi cetcet panggil cat.
5. Makan bubur nasi & nestum.
6. Cuba angkat bontot tapi selalu jatuh tertumuih.

Hmm, kalau sekarang ni Iman Raneeya 7 bulan, katalah I pregnant, Iman Raneeya akan dapat adik dalam umur 1 tahun 4 bulan camtu.

Eh, katalah i pregnant kan, maknanya bersusun-susun lah baby rumah kira-kira ni sebab ada dua orang pembantu tadbir yang sedang mengandung dan sorang lagi pembantu tadbir isteri dia juga mengandung?
Haha.

Berdasarkan tanda-tanda yang sedang ada sekarang ni macam sakit perot yang macam nak period padahal i dah period dua minggu lepas, malas yang terlampau, I positif je. Malas nak fikir tak nak, tak bersedialah etc.

Kalau ada, terima, kalau takde, bukan rezeki I dan Azreen lah tu.

Anak tu kan rezeki, kalau Tuhan nak bagi, kita kena terima. Besok lusa kalau tak nak bagi terus, ha, ambik kau, sorang tu jelah penyambung zuriat.

Teringatlak kata-kata someone haritu,

"Kalau taknak, elak. Ini tak. Macam bersedia seadanya tak pakai protection apa-apa.
So, redha je lah!"

Ya, I memang tak pakai protection apa-apa pun sebab lepas 3 bulan bersalin dulu I amik injection perancang terus bleeding sebulan. Nurse advise suruh stop dulu injection sekejap. I patuh, dah stop sampai sekarang ni.

So, senyum, tak perlu kata apa-apa!

Apapun, tag line favourite I:
Semoga semuanya kan baik-baik sahaja. =)
Amin.

Notalipscumel:

To Cha,
All the best for your big day pada 27 November ni. Dah macam-macam dugaan kamu lalui, semoga dengan ikatan perkahwinan ini nanti bahagia akan sentiasa bersama kamu. Semoga berbahagia hingga ke syurga dan cepat-cepat dapat baby ye. Love you pengantin cantik!

Tak sabar nak pergi majlis dia sebab dia gunak MUA yang sama dengan I.

7 ulasan:

  1. kalo ye,,,congrats in advance, huhuhhh...
    mane tau dapat boy. tros sepasang.. besh tu..
    =)

    BalasPadam
  2. :) ternyata iman raneeya membesar dgn penuh kasih syg kamu. :) semakin hari semakin comel dh tgk iman nih.

    dh pandai mintak teman ker syg?..hiiiih..betul kata kamu tuh.
    rezeki jgn ditolak.
    selagi umur muda nih apa nak risaukan.jgn nnti dan berumur baru terpk nak ada bby lagi payah kan.

    kalau elin pun terima jer. :))...hhahahhahah

    semoga kamu sentiasa dirahmati dh dimurAHkan rezeki selalu.

    BalasPadam
  3. Ummi,
    =) Kalau ada, ada.


    Elin,
    Tq auntie elin. Setiap rezeki yang datang kan kurniaan Tuhan.

    BalasPadam
  4. teringat satu hadis ni:

    ".....dan kamu tidak akan tahu..dari anak yang mana datangnya rezeki itu"

    maksudnya..dlm ramai2 anak tu..pasti ada sorang dua yg membawa rezeki dlm family..so tak yah takut klu anak ramai kan. Lagi ramai..lagi lebih rezeki :)..insya Allah.

    BalasPadam
  5. Elin,

    Ye, betul tu. Rezeki semua Allah dah janji.

    BalasPadam
  6. kenapa boleh sampai bleeding yer...
    seriau lak dgr...

    BalasPadam
  7. "jatuh tertumuih" hahahah! dah lama tak dengar orang pakai phrase tuh!

    BalasPadam