28 Oktober 2011

Bebelan Dakpink. #3

1. Minggu ini adalah minggu touching.

~ Tengok Oprah, tentang kisah seorang mak yang menderita kanser, kemudian dia rekod saat-saat dia menghadapi kematian dengan gembira sebagai kenangan untuk anaknya: air mata mengalir

~ Tengok Oprah lagi, tentang kisah seorang perempuan Zimbabwe yang kena kahwin umur 11 tahun, kena dera dengan suami tetapi dia tetap menanam azam (dia tanam betul-betul azam tu dalam tanah) untuk belajar dan dapatkan PhD, dan akhirnya perempuan itu berjaya: air mata mengalir walaupun perkara tersebut sesuatu yang menggembirakan.

~ Tengok drama Soffiya kat TV3, part yang Azhar Sulaiman hina Soffiya dan Soffiya lari: sedih, dan nangis.

~ Tengok drama Hindustan kat channel 133, part Rani (pemain kriket yang berpura-pura jadi lelaki) kena marah dengan Hero bila identiti dia diketahui ~ huhu, touching dan sobsobsob.

~ Sms adik lelaki suruh hantar kereta sebab kereta yang sekarang ni rosak. Sekali, adik lelaki reply 'tengoklah' ~ terus berair mata sambil reply semula: Takpelah, tak payah hantar.

Haishh, minggu ini hati memang cepat benar tersentuh.


2. Minggu ini juga adalah minggu haram untuk tengok ulangan game MU. Perkataan MU pun tak boleh sebut. Alhamdulillah. Bersih tv daripada tengok game bola ulangan 80 kali. Syukur sangat-sangat. Tak perlu dah nak berebut-rebut TV lepas tu touching, lari merajuk masuk bilik dan terus tidur sampai pagi.


3. Mrs XXX said:
Bersyukurlah dengan apa yang ada. Besok kalau Dia tak nak bagi terus, langsung takda! Orang kalau tak nak elak, ni tak. Tu maknanya memang merelakanlah tu. Nak sedih-sedih buat apa. Salah sendiri.

Ha, ambik kau!

Eh, tapi ayat tu untuk orang lain tau, bukan tok saya. =)

Apapun, sentiasa lah bersyukur dengan apa yang ada, Alhamdulillah.


4. Kereta rosak. Setelah dibetulkan, duit keluar mencurah-curah sederas air mata yang mengalir dalam hati ni. Terpaksa nangis dalam hati je sebab kena buat-buat kuat untuk bagi sokongan moral pada suami yang tengah down. Yelar kan, kalau dua-dua down, kesian pulak kat Iman Raneeya. Takde siapa nak melayannya nanti.

Kereta umpama nyawa lah. Serious, tepu kepala otak bila kereta takda dan dua hari duduk dalam rumah tak keluar-keluar.


5. Amarah memuncak lalu tersemburlah perkataan pa**a kepada pemain-pemain mercun yang sedang beraya di luar rumah. Padankan. Macam dah takda tempat lain nak bermain mercun sampai bergegar siling rumah.

Iman Raneeya pulak asyik lah terkejut dan menangis bila tidurnya diganggu dengan bunyi meletup yang kan main kuat.

Dua hari duduk diam dalam rumah, ditambah dengan bunyi mercun yang dah macam bom memekak-memekak, diselang-selikan pulak dengan tangisan Iman Raneeya yang high pitch, kesannya memang lahar gunung berapi meledak lah!


6. Dugaan datang tanda Tuhan sayang. Kan? Alhamdulillah, Tuhan sentiasa ingat pada diri ini. Positif hokey!


7. Happy 6th months old Iman Raneeya sayang! Semoga sentiasa sihat sentiasa dan dilindungiNya selalu.

8 ulasan:

  1. skrg ni kan, zana kerap nangis bila tgk movie.. ntah nape la agaknya.. touching sungguh!

    dugaan yg kita terima adalah tanda yang Allah masih ingat & sayangkan kita.. sntasa bersabar & insyaAllah semuanya akn berjalan lancar..

    BalasPadam
  2. same la ain situasi kita..bulan ni rase mcm malang bertimpa2..tapi pujuk hati, anggap semua tu dugaan..nanti ade lagi baik utk kita
    dan terbaru, semlm bateri keta kong..RM lagi....rase mcm tade air mata dah...

    p/s: kdg2 kita ni jadi cengeng semcm sbb PMS...i ni mmg dah dlm fasa PMS tu yg cengeng memanjang

    BalasPadam
  3. Zana,
    Bersabar ye. Tuhan taknak kita lupa dia tu. =)

    Lynda,
    Huhu. Tau kisah yu tu. Siap En.A bukan nama sebenar pun tolakkan? =p

    Maybe ai nak PMS pun ye kot ni.

    BalasPadam
  4. sabar yer wahai kakak ku..adik ko tu mmg suke jwb mcm tu..bkn ko jer...aku pun...punyer la panjang soklan...kalau x jwb 'ok' mesti 'tengokla'..or 'x tau lg'..haishh...sabor jer aku...huhu
    be a strong women,wife and mother alwez yaa...chaiyokkk

    BalasPadam
  5. alahai..
    x per...mungkin hari nh sedih2..esok lusa hari bahagia kamu pula.

    happy 6 mth rania syg!
    yup semoga sihat dn sentiasa dilindungi nya selalu. InshaAllah.

    BalasPadam
  6. sian ko..jgn sedih2...

    tapi mmg sedih bila azhar sulaiman hina soffiya...kejam gitu...

    BalasPadam
  7. kakak ku, i pun sama. lagi nak kawen macam-macam jadi. hari ni kete kazaa kene paku pulak huwaaa :(

    -gajahputih

    BalasPadam