20 Oktober 2011

Scary Things You Will Face When You Get Married

Do you have a boyfriend? Do you have plans to get married? Kamu mengangankan untuk hidup dengan dia sepanjang hayat, sehidup semati, bersama dia yang kamu cinta?

But are you all prepared to get married? How old are you? Sudah puaskah ber-enjoy?

When I was single, Mummy always asked me this. Sudah puaskah ber-enjoy? Sudah puaskah ber-enjoy? Sudah puaskah ber-enjoy? *Tulis 3 kali untuk menjelaskan Mummy selalu sangat bertanyakan soalan ini kepada saya.*

Saya kerut dahi. Apa yang ada untuk di-enjoy-kan? Bukankah getting married dengan cinta hati adalah perkara yang paling enjoy in the whole, wide world? Menghalalkan sebuah hubungan cinta. Hendak pergi dating pun Daddy tidak marah. Hendak keluar malam Mummy tidak mengamuk. Hendak berdua-duaan di tempat gelap pun tidak risau kena tangkap khalwat.

Boleh pergi tengok movie midnight. Boleh pergi tengok concert. Boleh pergi bercuti bersama-sama. Singapore? Bali? Maldives? Auww..~

What else?

But never being married, saya tidak pernah dapat menduga apa yang akan saya hadapi. Begitu juga dengan kamu, those out there yang sedang asyik mahsyuk dilamun cinta. Let me tell you something. Some scary things that will happen after you settle down.


You cannot do the things you enjoy doing anymore.

When I was single, saya sangat suka kerja shift. Time di McDonald's Singapore menjadi Trainee Manager, I work on 24 hours shift. Sebab McDonald's buka 24 hours, kan? Saya pernah kerja pagi. Tengah hari. Petang. Malam. Tengah malam, balik pagi macam orang mabuk balik clubbing.

Saya suka. Saya enjoy. Saya tidak ada masalah tidur jam 8 pagi. Or tidur jam 2 petang. No problem! Yang paling best about working on shifts, gajinya lebat! Siapa yang kerja 24 hours shift tahulah.

But as soon as I settle down, suami sudah list down beberapa peraturan apabila mencari kerja.

Rule number 1: Work office hours.
Rule number 2: Kerja dalam sektor kerajaan.

Pfft. Dua-dua saya tidak suka. 1 word to describe it: BORINGGGG. Lame. Stereotype. Repeated routine every single day. Not challenging enough.

But do I have a choice? No. Because I am a wife, & untuk tidak mengikut kata suami adalah berdosa. So Goodbye kerja best gaji besar, & Hello kerja skema office hours!

Another good reason: Siapa hendak jaga anak, kalau you kerja shift?

Ok. Ok. You win.

So to those still single & ready to mingle, please please PLEASE decide for yourself on what you want to do, & PLEASE do whatever you enjoy doing. Work offshore. Keluar lepak dengan kawan-kawan sampai tengah malam. Have fun. Go to concerts. Try bungee jumping. Take up scuba diving course. Go clubbing. Overseas vacation. Luxury shopping. Hendak beli handbag Coach ke, kasut Nine West ke, please do!

Nanti lepas kahwin anda tidak akan mengenali itu semua. Yang anda kenal adalah Drypers & Dumex Dugro. Pavillion is not anymore the place to lepak, but Giant & Tesco. Harga ticket wayang pun sudah lupa berapa. Yang ingat, harga Dumex kalau beli di Giant adalah lebih murah daripada beli di Mydin. & kalau beli di SpeedMart adalah yang paling murah.

Eh my friend bilang beli di kedai singseh lagi murah!

Ohh cut it! Unless anda kahwin dengan lelaki yang loaded gila, bolehlah anda masih ber-shopping sakan.

Oh, & another thing, sewaktu anda masih single ini, masih baru ber-boyfriend-girlfriend, sila jangan restrict diri anda to do the things you love doing for the sake of him.


Contoh:

I teringin nak pergi Genting, but my boyfriend tak kasi.
I teringin nak beli handbag tu, but my boyfriend kata membazir.
I suka kawan dengan dia, but tak boleh sebab my boyfriend tak suka dia.


That is all merepek. Do not waste your time. You are only single & beautiful once. Time sudah kahwin nanti baru boleh ikut cakap husband. Time itu, ikut cakap dia pun dapat pahala melambak-lambak. But by then, you will miss your freedom so much. Hendak buat apa pun sudah tidak boleh tau. Jangan mengada hendak jadi isteri derhaka.

When you are single, the person you need to please most is your mom & your dad. Selagi mereka ok, proceed saja. Tidak perlu fikir tentang boyfriend anda yang mengongkong itu.



He is not the person you used to know.

Sewaktu ber-dating, semuanya indah. Semuanya coverline. Semuanya penuh kepura-puraan. Janganlah kamu percaya bila si dia katakan: When I am with you, I can just be myself!

Merepek.

Apabila berkahwin dengannya, baru you can see himself. Bangun pagi rambut mengerbang. Makan breakfast dengan tidak gosok gigi. Bila berak, flush pun mesti ada tinggal sisa.

Sila rajinkan diri anda menenyeh dengan berus tandas.

Ini adalah antara contoh perkara yang akan mengejutkan anda selepas berkahwin. Your husband is like a box of chocolates. Everyday is a surprise. Pernah tidak anda lihat this side of him sebelum kahwin. Tidak pernah, kan? Eh tetapi jangan hanya kutuk dia sahaja ok. Kamu pun apa kurangnya. Sambil tengok TV sambil korek hidung. Selepas itu ketis-ketis saja biar melekat pada carpet. Kalau di dalam kereta, main lap-lap bawah seat. Euww..~

Kerana itu orang selalu kata, the first few years are the most challenging years. Waktu yang kamu berdua baru hendak mengenali satu sama lain. Waktu yang kamu berdua mencari keserasian. Biar betapa lama pun kamu mengenali each other, jumpa setiap hari, makan bersama, lepak bersama, ia adalah sangat tidak sama with living together.

Kalau tidak cukup kesabaran di jiwa, memang bermasam mukalah setiap hari.

Amacam, scary kan?



Life seems unfair.

Being a Malay, the typical suami isteri scenario that you will face is:

- Bangun pagi siapkan diri sendiri. Siapkan suami. Siapkan anak. Pergi kerja.

- Balik kerja. Masak. Suami makan, anda jaga anak jangan kasi dia kacau ayah dia makan. Kalau tidak, kamu berdua kena pelangkung. Main dengan anak. Tidurkan anak. Kamu makan. Kemas dapur. Mandi. Cuci kain. Jemur kain. Lipat kain. Hasrat di hati hendak update blog tetapi tidak boleh sebab suami sudah panggil naik atas katil.

- OR: Balik kerja. Masak. Suami makan, anda jaga anak jangan kasi dia kacau ayah dia makan. Kalau tidak, kamu berdua kena pelangkung. Main dengan anak. Tidurkan anak. Kamu makan. Mandi. Cuci kain. Jemur kain. Lipat kain. Tiba-tiba kawan suami ajak lepak OldTown, ada cerita best kena cerita malam ini juga. Kemas barang anak sedikit sebanyak masuk bag. Keluar. Lepak sampai 3 pagi. Balik. Mengantuk gila. Hasrat di hati hendak tidur terus tetapi tidak boleh sebab suami sudah panggil naik atas katil.

& the best thing is that, from the time anda balik kerja sampai anda tidur, you cannot get to touch the lappy pun, sebab busy with things, kan? So all the time yang anda ber-busy-an itu, suami akan duduk di hadapan TV baca paper, main FIFA manager 2011, surf the internet Facebook Twitter Facebook Twitter Facebook Twitter, gelak depan PC segala.

& suatu ketika bila anda tiba-tiba ada idea banyak gila hendak update blog, suami akan bising, You ni asyik dengan blog aje!

Hasrat di hati hendak saja ungkit cerita the whole week yang dia bersenang lenang itu, but TIDAK BOLEH ok. Nanti berdosa. So anda pun pergilah tidur dengan linangan air mata.

Kalau hendak berblogging, netsurfing or Twitting, pastikan sewaktu anda di office, on the way balik rumah or selepas dia tidur.

Sanggupkah anda menghadapi ini saban minggu?



Marriage requires a lot of energy.

Life is no more only about yourself. It is also about your husband & little one. Kalau dahulu bangun tidur, mandi, gosok baju, make up then terus keluar dating sampai malam baru balik. Sekarang tidak lagi.


Rule number 1: Pastikan rumah bersih sebelum keluar.

Kalau ada nasi tertinggal dalam rice cooker, nanti balik, rumah akan berbau tapai. Kalau tong sampah tidak dikosongkan, nanti balik ada maggots menari serata rumah. Kalau sudah masak air tetapi lupa hendak tuangkan ke dalam jag kalis semut, nanti habis kena buang 1 cerek air masak yang sudah direnangi semut.

Jangan lupa angkat kain di jemuran. Kalau terlupa, habis basah sia-sia saja cuci wangi-wangi. Then esok tidak ada spender hendak pakai pula.


Rule number 2: Siapkan suami & anak juga!

Tidak boleh sesedap rasa saja lepak dalam bath tub mandi wangi-wangi, iron baju sendiri licin-licin. Time untuk bersiap sudah kena bahagi 3.

Kalau pun baik hati hendak iron-kan baju suami, kena tanya dahulu dia hendak pakai baju apa. Kalau tidak, nanti kena tempelak, or kena iron balik semula baju yang dia hendak pakai.

Sewaktu siapkan anak, kena efficient & strict. Kalau tidak, berjam anak anda hendak duduk di dalam bathtub main yellow ducks dia, tidak mahu keluar. Asal tarik keluar sahaja, melalak. Like Myiesha.

Make sure you are always in a hurry mood. Kalau tidak, nanti keluar lambat kena marah lagi.

In short, when you are married, you have a lot of things to think of. You have lots to plan, lots to look after, lots of bills to pay, family to make, kids to look after.. That is one of the main things you have to be mentally, physically & emotionally prepared for!

Sebab itu the other day in a conversation between myself & a friend who is still single, kami bercerita begini:

Eh, kau tak cari kerja lain ke?

Aku rasa kerja ni ok setakat ini. Pay dia. Working time dia. Kena dengan hidup aku. Lagipun kerja ni tak stressful. Tak mencabar. Tak memeningkan kepala aku. Kenapa?

Ohh. Aku tengah cari kerja lainlah. Aku suka kerja yang mencabar.

Aku pun suka kerja yang mencabar. Tapi lepas kahwin ni, aku cari kerja yang paling tak mencabar. Sebab aku ada banyak benda yang lebih mencabar lagi yang perlu aku fikirkan.

Laughs!



***
There are many other scary things that you will face after you are married. Macam abusive husband ke. Suka minta duit ke. Tiba-tiba dia penagih dadah ke. Womanizer ke. Tiba-tiba anda isteri ke-3 ke. Wahh. Gila. But for now let me not scare you more ok. Haha.

It is not that I am saying married life adalah sangat scary, but these are the things that I never imagined before getting married, & I am taking this opportunity to share them with you so that you will be more prepared than I am. Getting married is not all scary, & not all wonderful. It is a mixture of both of them, & it actually depends on both of you on how you want your marriage to work.

Whatever it is, the main reason I am writing this is because I do not want you to take the wrong step. Life is not only about living with the person you love, but it is more than that. & living with the person you love pun tidak semestinya happy all along. So you must be all prepared lah.


C&P: Hannah Johary


Notalipscumel:

1. Thank you Hannah sebab menulis perkara yang betul tak tipu punya. Haha. ~ kehidupan selepas berkahwin adalah perkara yang sentiasa penuh dengan kejutan. Sila urut-urut dada dengan setiap perkara yang surprise!!!

2. Tak pernah sedikit pun kesal dengan perkahwinan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ni, malah sentiasa cuba mempersiapkan diri untuk menghadapi perkara-perkara tersebut. Terima kasih Tuhan untuk pengalaman indah yang kau berikan.

3. Kepada yang single, jangan takut pula hendak berkahwin selepas membaca artikel ini. =p Apa yang penting, enjoy puas-puas sebelum kahwin, dan sila bersedia mental, fizikal dan emosi untuk menghadapi kehidupan berumahtangga.

7 ulasan:

  1. serius suka entry ni!! mmg banyak perkara yang berubah bila lps kahwin.. but bukannya berubah kpd yg x best atau boring.. just kita kena lebih bertanggungjawab pada pasangan & anak2..

    xsemua yang kita boleh buat masa single kita boleh buat masa kita kahwin kan..

    apapun, perkahwinan memang indah.. perubahan selepas kahwin banyak mematangkan kita ttg erti sebenar kasih sayang.. cara berfikir pun dah lain..

    suka sangat2 entry ni.. leh share kat ramai org ttg entry ni.. suka!

    BalasPadam
  2. "Your husband is like a box of chocolates. Everyday is a surprise"

    yup mmg betul. cth suami sy..
    kalau balik rumah tuh perkara pertama yg die suka

    1. rumah kelihatan bersih,kemas, wangi.
    2. baju semua dah setle lipat/basuh.
    3. lauk dah siap ready.lauk simple pun x per.jenis x memilih.
    4. toilet bersih x der pempes setiap sudut.

    kite sebagai isteri kena create something new untuk suami. dan isteri juga kena kretif untuk serikan rumah tangga. jgn tunggu suami, mereka lagi besar tanggungjawab. dan jgn pk negetif ttg suami " asik aku jer buat special untuk laki aku..abis die x der pun"..

    jadi sebelum khawin tuh sila lah pk betul2 bersediakan anda untuk meneruskan pelbagai cabaran yg baru??..hehhhee..

    :: sgt suka n3 nih.! bagus untuk mereka yg baru nak kawin tuh.

    BalasPadam
  3. Sgt setuju!!!!....dah lame x tgk wayang....citer yg paling latest pon x tau....huhu

    BalasPadam
  4. Zana:
    Tulah, tersentuh baca entri Hanna tu, so ai copy lah.

    Dan sangat bersetuju, perkahwinan juga mengubah cara kita berfikir.

    BalasPadam
  5. Elin:
    =)
    Betul tu. Jadi isteri ni kena kreatif dan sentiasa fikir ke depan.

    BalasPadam
  6. Auww thanks for sharing this entry here, Ain! Really appreciate it. :D

    BalasPadam
  7. Hannah,

    Your welcome dear.

    Sharing is caring =)

    BalasPadam