Khamis, 13 Oktober 2011

Jom!

Sumber gambar: Bows & Rose, Cik Epal, Budu & Belacan.

Jom!
Jom balikka, jom balikka jom balik jom balik! ~ Sms yg selalu direply oleh Azreen bila ai sms dia 'jom' untuk ajak balik rumah selepas waktu pejabat tamat.

Haha.

Tapi saya bukan nak jom yang itu la.

Saya nak jom korang untuk gambar-gambar di atas. =)

Kita ni,
Kadang-kadang kita ni memang dah tahu, tapi kita saja buat-buat tak tahu, buat-buat tutup mata macam tak nampak dan saja tak nak ambil tahu. Kita cool kataaaaanya!

Alasan?
1. Alah, muda lagi. Besok dah tua kita berubah lah!
2. Oi, kubur lain-lain, jangan sibuk hal orang, jaga hal kau sendiri sudah!

Kalaulah hidup semudah itu. Kan?

Sebabnya,

Jawapan untuk alasan nombor satu,
Kau itu Tuhan kah? Tahu bila kau nak mati?
Lagi-lagi bila hidup dalam zaman sekarang yang banyak terdedah kepada penyakit yang mudah berjangkit dan penyakit-penyakit yang berpunca dari khilaf manusia sendiri, entah esok atau lusa kau mati, kau tau tu?

Jawapan nombor dua,
Ya, kubur masing-masing sendiri jaga. Tau.
Tapi kalau kau seorang sahaja yang kena siksa nanti takpalah juga. Ni, ahkakkk juga akan kena tanya sesikit ok. Kenapa sebagai seorang islam kau tak nasihat sipolan sipolan yg sipola tu pun islam juga? Mana tanggungjawab kau sebagai khalifah Allah? Ha, apa ahkakakk nak jawab nanti?
Jeng, jeng, jeng.

Tiada siapa yang sempurna. Begitu juga diri ini yang tidaklah sebaik dan sealim mana. Tapi tak salah kan kalau kita cuba memperbaiki diri? Menambah-nambah pahala yang kurang tu.

Dulu, sebelum kahwin, saya pernah bertanya pada suami, "Lepas kahwin nanti, nak saya bertudung atau tidak?." Tujuan saya bertanya bukanlah hendak memakai tudung semata-mata untuk suami tetapi hanyalah sekadar untuk menguji bila melihatkan life suami yang agak kan main 'so sial' itu.

Jawapan yang diterima daripada suami pendek sahaja tapi sangat tersirat, "Terpulang!"

Terpulang mengikut pemahaman saya pada ketika itu adalah, ikut suka kamulah, nak pakai, pakai, taknak pakai takpa.

Tapi ia adalah sebaliknya kerana selepas berkahwin, pernah sekali saya terkeluar rumah tanpa menutup kepala, soalan pertama suami adalah tudung mana, tak eloklah orang tengok kalau macam ni, nak tengok saya masuk neraka ke?

Perkataan terpulang pada mulanya itu hanyalah simbolik semata-mata.

=)

Alhamdulillah.

Berbalik ke topik Jom,
Jom kita sama-sama memperbaiki diri.
Semoga dengan perubahan kita yang sedikit demi sedikit ini, akan membantu mempermudahkan segala urusan kita di bumi ini. Insya-Allah.

Tiada paksaan, no heart feelings ye.
Pilihan di tangan anda.
Nak masuk syurga buat baik,
Nak masuk neraka, teruskanlah dengan jalan yang salah itu sebanyak mana kau suka.

Tapi ingat,
Setiap apa yang kita ada, ia milik Allah s.w.t.
Ia pinjaman.
Kalau kita tak jaga dan hargai mengikut suruhanNya, kita kena pulangkan kepada Dia.

Kan?

Apapun,
Jom memperbaiki diri!

=)

5 ulasan: