07 September 2011

Happy 4 months old baby!


Helo, saya Iman Raneeya. Sekarang saya dah boleh pakai baju kurung. Nenek Ani buat dua helai baju kurung untuk saya pada Raya ni. Tapi saya kurang suka lah pakai baju kurung sebab panas. Bila pakai baju kurung, saya suka tarik-tarik kain dia.


Meet my buddy, Mr. Teddybean. Saya suka tarik-tarik teddybean sebab nak mesra-mesra dengan dia. Tapi sekarang mummy dah simpan teddybean sebab dia dah koyak dan keluar bola putih kecik-kecik bila saya main-main dengan dia. Lagipun, Atok Abu cakap tak elok main teddybean sebab nanti malaikat taknak masuk rumah.


Saya suka sangat tidur atas pangku sambil pangku digoyang-goyang. Seronok. Bila goyang lama-lama nanti saya lena.


Tahun ni tahun pertama saya beraya. Saya dapat banyak sampul kecik kaler-kaler bila ikut mummy pergi beraya. Seronok je dapat sampul sebab bila mummy buka dalam sampul tu ada duit.


Orang-orang yang jumpa saya mesti kata mata hitam saya besar tapi bentuk mata saya sepet. Ni semua sebab mata mummy lah mata saya jadi macam ni. Bentuk mata saya ikut macam mummy. Hidung dan mulut pun macam mummy juga. Saya kan anak mummy.


Ha, besar tak mata hitam saya? Macam pakai korean lens tak?
Tengok headband saya. Tu headband faveret mummy. Sebab mummy tak muat nak pakai, dia selalu pakaikan headband tu kat saya walaupun tak matching dengan baju yang saya pakai.

Ok lah. Saya nak berehat sebab sekarang ni kurang sihat. Saya batuk dan selesema. Kesian mummy sebab kena bangun malam-malam bila saya nangis hidung tersumbat. Tadi baru je saya muntah atas badan mummy. Maaf lah ye mummy, saya hampir nak meniarap sekarang ni, sebab tu lah saya demam. Mummy sabar oke, nanti dah besar saya belanja mummy kepci. =)

Tata semua.

♥,
Iman Raneeya.

13 ulasan:

  1. alhamdulillah...comel anak ain...tgok baby ni..hem cam nak de baby pulak....saborrr

    BalasPadam
  2. alahai...comelnya...suka tgk dia nak tido atas riba tu...rasa nak cium2 je dia...

    BalasPadam
  3. salam kenal dan slmt hari raya...;d/...cute nyer baby kan...;d

    BalasPadam
  4. makin comel la kamu ni.. buat auntie zana geram jer.. meh auntie zana cium banyak2.. mana tau lepas cium kamu auntie zana dapat baby lak.. hihihi..

    ain, adik ain ada lagi x asam jawa kudap2 tu? hahahaha..

    BalasPadam
  5. kak hani:
    ala, tambah je kak. =p

    Selamat Hari Raya ye kak.

    BalasPadam
  6. Run away:
    Salam kenal juga. =)


    diana:
    tq.


    Wanie:
    i folo u too.


    zana:
    eh eh, ngidam2 lak dia.

    xde lagi lah zana asam tu. mahap lah ye.

    BalasPadam
  7. dari gen yang baik..hahaha..steady lah :)

    BalasPadam
  8. Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    BalasPadam