17 September 2011

Blazer dan bos.



Bos dan blazer memang tak dapat dipisahkan. Bila orang bukan bos pakai blazer mesti dia akan dicop, ala tu vajet/verangan nak jadik bos lah tu.
Atau bahasa mudahnya, - pakai blazer bajet pegawai!

Haha, tipikal malay sungguh!

Bagi ai sendiri, statement tu sangatlah tidak sesuai. Blazer bukan lah untuk golongan atasan sahaja. Untuk staf bawahan pun sesuai untuk dipakai sebab,

1. Bekerja dalam organisasi, imej korporat tu perlu lah ada, perlu dijaga. Bila kau pakai blazer, barulah nampak keofisannya (kerja pejabat), nampak bergaya, nampak hebat gitu waaaalaupun kerja tak seberapa. Takdelah orang confuse, mana satu pelajar, mana satu staf, mana satu makcik cleaner, kan?
Ni, kalau kau staf, pakai pun ala-ala saja, dengan selipar seret2 lagi, itukah imej organisasi yang kau nak persembahkan? Organisasi bukan suka-suka suruh kau buat duit tempah blazer tu ye.

2. Blazer perlu dipakai sebab kesejukan ofis buat kau 4 5 6 kali nak ke toilet. Bila ada blazer, dapatlah mengurangkan tahap kesejukan itu.

3. Blazer boleh menutup mana yang tersembul, terkeluar, baju yang terjarang yang mana bila kau berdiri kat tempat terang, memang terserlahlah alur badan kau tu. Sedikit sebanyak dapat lah pahala juga hendaknya.

4. Blazer adalah multipurpose. Haha. Untuk yang malas bawa handbag ke majlis yang dianjurkan oleh organisasi macam ai ni, blazer adalah penyelamatnya. Kat poket blazerlah kau boleh selitkan segalanya. Kunci ofis, handphone, tisu, compact powder bagai. Malah, kalau nak tapau kuih yang berkenan dalam jamuan tu pun, blazer boleh membantu. Ambil tisu, bungkus kuih, masukkan dalam blazer. =p *perkara 4 ni dah lari topik.

Ha, nampak kegunaan blazer tu? Kan banyak. Ape lak bajet pegawainya?

3 ulasan:

  1. setuju ngan sume statement di atas.. hehe =)

    BalasPadam
  2. setuju!!! kadang2 zana pelik jer bila org kata pegawai jer layak pakai blazer.. motif???? bengang jer dgr kan..

    BalasPadam
  3. Kalo kat Joden, pakcik driver bas pon pakai blazer.

    Sebabnye? murah dan byk jual kat bundle. Pastu cuace sejuk, so blazer la yg senang nak beli.

    So, jgn la rase pakai blazer tu hebat sgt. Setaraf je ngan drebar bas =p


    ~ustajah =)

    BalasPadam