25 Ogos 2011

Mode: Rindu =(


Lagi 2 hari nak balik Melaka,
Lagi 2 hari baru dapat lepaskan rindu.

Rindu nak dengar Raneeya cakap 'Aaaaaaa aaaaaa burrrrrrssss' sambil sembur air liur dia. Haha.
Rindu nak dengar Iman Raneeya merapu membebel sambil menjerit-jerit.
Rindu nak kelam kabut buat susu bila Iman Raneeya meraung nak susu.
Rindu nak gomol-gomol Iman Raneeya.
Rindu nak tukar diapers dia. =p

Haishh, susah nak describe perasaan bila berjauhan dengan anak ni. Bercampur-baur. Tapi buat-buat cool je lah macam takde pape.


Notalipscumel:

Tengah risaukan sesuatu ni selain daripada rindu Iman Raneeya. Adakah peristiwa Syawal tahun lepas bakal berulang kembali? Erkkkkkk..!

2 ulasan: