Jumaat, 26 Ogos 2011

Iftar di luar.

Sepanjang bulan Ramadhan ni ada lah 7 8 kali berbuka di luar. Antaranya ialah:

1. Berbuka bersama Banglong di Johnnys Jusco Balakong.

2. Berbuka di rumah FIL. Menu: Asam Pedas Ikan duri, Tomyam, Ayam Goreng Berempah, & etc. *haha. boh etc sbb tak hengat dah.

3. Berbuka di Melaka. Menu: Sup Tulang, Asam Pedas Ikan Parang, Ketam Masak Lemas Bernenas, Badak Berendam *kecuali Ketam, yg lain sume my feveret =)

4. Berbuka dengan AJ & Raneeya di Kedai Tom Yam sebab tak sempat masak lepas habes kelas.

5. Berbuka di Rumah Puan Yanee dengan membawa potluck memasing.


Puan Yanee = Yang berbaju hitam.


Iman Raneeya berbuka dulu daripada orang lain. =p


6. Berbuka dengan rakan sepejabat di Majlis Berbuka Puasa Fakulti Ekonomi dan Muamalat kat Bangi Golf Resort.



7. Berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Ai tak boleh tengok anak-anak Yatim. Series sedih. Lagi-lagi bila ai bayangkan macam mana lah dorang beraya tanpa makpak di sisi. Haishhhh. =(

Dan yang terakhir yang ai ingat,

Pemenang Majlis Terbuka Terbaik pada tahun ini adalah,

8. Majlis Berbuka Puasa dan BBQ Kelam Kabut Fakulti Sains & Teknologi. Terbaikkkkkkkkkkkk wok! Tak caye sila tengok gambo bawah ni. Meleleh dak air liur?


Rasa toksah cakap lah. Sedap hingga meleleh air mata terharu time makan. Haha.


Ayam pun ada juga.


Bakar ayam pakai baju opis. Siap pakai tai lagi, kooo ada?


Ha, USIM setia di sisi! Sambil bakar, sambil pakai Kad Staff.


Geng pembakar. Ai pun sibuk ada juga.


Tak pecaya ai turut bakar sama. See! Gambar adalah buktinya. *Walaupun duduk seminit dua sahaja.


Menunggu waktu berbuka dengan Tetuan Rumah.


Dengan Tukan Azan merangkap Tuan Rumah sambil makan jagung.


Dengan Tuan-tuan rumah lagi sebelum operasi bungkus-bungkus.

Pixas kredit to: Lefty Hollow.


Notalipscumels:

Majlis-majlis yang takde gambar adalah disebabkan:

1. Jurugambar propesonal ai melahap dengan rakusnya diwaktu berbuka puasa. *Ampun B! =p
2. Sejak ada anak kecik ni, tak sompek doh nak snap2 weh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan