19 Julai 2011

Ingatkan air masak elok untuk baby..

INFO KESIHATAN

Tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo! pada 26 Mei 2008 yang lepas mengenai pemberian air kosong pada bayi bawah 6 bulan. Berikut adalah petikan tersebut :-

Keracunan air

Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air. MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh. PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.

"Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong," kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.

Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan. Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan. Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.

ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi. Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan. Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.

Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, "Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik." Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning. "Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat," kata Kirkham.

Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang. Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif. Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata.

sumber:email dari AJ & frens.

5 ulasan:

  1. lps ni next baby kalau makcik2 suruh bg air masak, ckp no no no suruh depa baca artikel ni. =P

    BalasPadam
  2. hehe. ain dah print pun tok bagi kat makcik yg jaga Iman Raneeya.

    BalasPadam
  3. ya betul..baby bg ckit2 jer air masak. Member nurse..masa pantang die datang visit..die ckp tak elok bg air masak byk2..sbb berkaitan hati kot..ape tah lupa sudah. So i tak berani la bg byk2. Lgpun wina bf. KLu dah 6 bulan ke atas and die da start mkn ok la.

    BalasPadam
  4. hi dear,
    i setuju dgn article ni.. ramai yg ganti susu dgn air..kalau asyik bagi air mana nak dtg nutriennya.. mmg kne berpada2, tq for sharing :)

    BalasPadam
  5. Elin:
    Tu lar. Baru tau ni. Makcik yg jaga tu suka bagi IR minum air masak. So, lepas ni, kena bagitau lah dia tentang info ni.

    Maznie:
    Ur welcome dear. =)

    BalasPadam