Followers

Tabung LASIK

18 April 2011

Masalah 'kecil' ketika hamil.

Yey, minggu ini baby akan genap 37 minggu (fullterm) di mana baby sudah matang untuk lahir ke dunia ini, Insya-Allah. Semoga ai akan selamat bersalin dalam minggu ni atau minggu depan, sebab lif dah rosak balik. Tak larat nak tunggu sampai 12 Mei lah. *Doa kan ye semua?

Sepanjang mengandung 37 minggu, ai nak share beberapa masalah 'kecil' yang ai hadapi. Walaupun masalah tersebut nampak kecil, tapi jika tak diberi perhatian yang sewajarnya, ia boleh menjadi serius. So, jom kita lihat apakah masalahnya.

1. Muntah-Muntah dan Loya
Keadaan ini disebabkan oleh peningkatan paras hormon dalam darah wanita tersebut. Hormon in, estrogen dan progesterone, dikeluarkan oleh jasad yang dikandungnya. Rasa loya yang teruk hingga menyebabkan muntah, lazimnya dialami di waktu pagi. Ini mungkin disertai oleh sakit dan pening kepala. Tidak semua wanita hamil mengalami masalah ini tetapi ia merupakan tanda awal bagi kehamilan, selain daripada kelambatan atau ketiadaan haid di waktu yang dijangkakan.

Selalunya, untuk mengatasi masalah ini Doktor akan mengesyorkan ubat stemetil, avomine atau pyridoxine. Biasanya ubat-ubat tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah kepada bayi yang dikandung. Dan bagi kes muntah-muntah yang teruk, wanita hamil akan dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.


2. Pedih hati / Heartburn
Ini disebabkan oleh timbunan gastric acid dalam perut. Perjalanan tali usus menjadi lebih lembap ketika hamil. Rahim yang kian membesar menekan pada perut menyebabkan asid perut bertakung. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan atau kepedihan pada bahagian hulu hati.

Minum lebih susu dan menentukan perutnya tidak kosong dengan memakan makanan secara sedikit dan kerap. Jika masalah ini menjadi lebih teruk, rawatan yang khusus boleh diberikan dengan memberi ubat yang mengandungi Antacid seperti gelusil actal atau magnesium trisillicate.



3. Bengkak kaki / Edema
Bengkak kaki atau edema adalah satu tanda kehamilan. Biasanya ia tidak menandakan sebarang masalah, sebaliknya ada pakar yang mengatakan bengkak kaki adalah atau tanda anak dalam kandungan itu lebih besar daripada biasa. Walaupun demikian jika bengkak kaki disertai dengan tekanan darah yang tinggi dan kencing yang kotor iaitu mengandungi protein, ini menandakan wanita itu menghidapi penyakit toxemia. Keadaan ini boleh mengancam nyawa ibu dan bayi jika rawatan sewajarnya tidak diberikan.

Dengan itu, penting bagi ibu yang mengandung menjalani pemeriksaan tekanan darah dan ujian air kencing di klinik ibu mengandung. Bengkak kaki yang tidak disertai dengan tanda yang disebutkan tidak membahayakan langsung dan tidak menjadi mudarat kepada ibu dan bayi yang dikandungnya.

Ia boleh dikurangkan dengan berehat secukupnya, iaitu berbaring sekurang-kurangnya setengah jam di waktu pagi dan juga tengah hari dan tidur awal pada waktu malam.
*Ai kurangkan dengan cara tinggikan kaki ketika tidur.


4. Tangan kebas
Sesetengah wanita mengalami rasa kebas pada bahagian tangan khususnya di peringkat akhir kehamilan. Ini disebabkan oleh kandungan hormon menyebabkan sendi menjadi bengkak sedikit. Berkemungkinan juga ada kaitan dengan kekurang vitamin B ketika kehamilan.

Untuk mengatasi masalah ini rawatan dengan vitamin B akan diberikan dan kandungan air dalam tubuh juga akan dikurangkan dengan memberi rawatan yang sesuai.


5. Sakit pinggang dan belakang
Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar.

Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.


6. Tegang/kejang otot
Cramps atau tegang otot khususnya di bahagian kaki kerap berlaku pada peringkat pertengahan dan akhir kehamilan. Keadaan ini boleh menimbulkan kesakitan jika kerap berlaku. Tegang otot ini mungkin disebabkan oleh kandungan hormon estrogen yang meningkat ketika seseorang wanita itu hamil. Ia mungkin juga disebabkan oleh kekurang logam kalsium dalam darah. Dengan itu biasanya doktor akan memberi ubat kalsium dengan harapan boleh mengatasi masalah cramps ini. Pengambilan kalsium juga memberi manfaat kepada bayi untuk mengukuhkan tulang dan gigi.

7. Kulit perut pecah

Perut yang semakin membesar ketika hamil mengakibatkan kulitnya tegang dan pecah-pecah berjalur. Ini dikenali sebagai stretch marks. Sesetengah wanita mengalami masalah ini dengan teruknya kerana bekas stretch marks menjadi sangat nyata dan lebih buruk apabila kehamilan meningkat umurnya. Keadaan ini sukar dielakkan.

Calar-calar pada kulit perut ini disebabkan oleh dua faktor. Pertama, kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu di bawah kulit menjadi lemah dan keduanya pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit serta menyebabkan keadaan kulit perut pecah dan ini menimbulkan satu keadaan yang tidak menyenangkan.

Strecth marks pada perut ini boleh juga dielakkan dengan menyapu minyak zaitun dua tiga kali sehari dari mula hingga ke akhir kehamilan. Usaha ini tidak dijamin boleh mengelakkannya seratus peratus kulit tidak tercalar. Selepas kelahiran bekas stretch marks ini menjadi kurang sedikit tetapi parutnya kekal menandakan seseorang wanita itu pernah hamil dan melahirkan anak.


8. Masalah Air Kencing

Ketika hamil beberapa masalah berkaitan air kencing boleh berlaku. Pertamanya, wanita kerapkali membuang air kencing dan keduanya jangkitan kuman pada saluran air kencing. Kekerapan membuang air kencing ini boleh mengganggu seseorang wanita khususnya ketika dia bekerja. Jika berlaku di waktu malam pula, ia boleh mengganggu tidurnya. Wanita perlu bangun tiga atau empat kali semalam. Biasanya kekerapan in disebabkan oleh rahim yang kian membesar dan menekan pada pundi air kencing. Ini berlaku pada kehamilan di peringkat awal iaitu selepas lapan bulan.

Di peringkat akhir kehamilan pula iaitu selepas lapan bulan, kepala bayi menekanpundi air kencing menyebabkan masalah kerap kencing berlaku. Kekerapan membuang air kencing ini juga mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman yang sering sekali berlaku ketika seseorang wanita itu hamil. Oleh itu penting bagi wanita itu datang ke klinik ibu mengandung untuk diperiksa air kencingnya untuk menentukan sama ada dia telah dijangkiti kuman atau tidak. Jangkitan kuman pada pundi air kencing boleh merebak ke buah pinggang, dan jika keadaan ini berlaku, menimbulkan bahaya kepada kesihatan ibu. Sebelum keadaan itu berlaku, rawatan sewajarnya perlu diberi. Selain daripada itu, ia boleh juga mengganggu pertumbuhan bayi dalam kandungan. Rawatan yang biasa diberikan ialah ubat antibiotik.


9. Keputihan

Wanita yang sedang hamil biasanya akan mengalami lelehan keputihan dari kemaluan yang lebih dari biasa. Ini disebabkan oleh lelehan lendir yang lebih dari saluran kemaluan akibat tindakan hormon kehamilan. Kejadian jangkitan kuman pada saluran kemaluan ketika hamil juga meningkat menyebabkan keputihan disertai oleh rasa gatal dan lendir yang berbau.

Kuman yang kerap menjangkiti kemaluan ketika hamil ialah sejenis kulat yang digelar Monilia. Ini mudah dirawat setelah dipastikan dengan pemeriksaan lendir. Rawatan diberikan dalam bentuk ubat yang dimasukkan ke dalam kemaluan setiap malam selama tujuh hari, dan kadang-kadang ubat antibiotik juga diberikan. Disamping itu, kebersihan kemaluan hendaklah diberi perhatian yang rapi.


10. Toxemia

Preclamptic toxemia atau PET adalah satu situasi ketika hamil dimana tekanan darah naik tinggi, kencing mengandungi albumin, dan kaki bengkak/edema.

Yang ini ai takut nak paste kat sini. Series, ai takut sangat bace tentang toxemia ni sebab Doktor kecik saspek ai mungkin terkena toxemia. Tapi dalam masa yang sama, darah ai normal dan ai xde diabetis, so Doktor kecik suruh ai refer kepada Doktor besar je.

Nak tau apa itu toxemia, baca lah TOXEMIA

sumber: di sini dan juga di sini.


4 ulasan:

  1. takpe....itu semua dugaan tuk cik puan ain ....mana tau pas nie.. dpt baby yang sihat n membesar bgikn johan... hu3.... Amin watie doakan ain n beby selamat... yer....

    BalasPadam
  2. semoga urusan untuk bersalin dipermudahkan Allah hendaknya.. zana doakan yg terbaik yer.. zana pun berharap akan merasai pengalaman ni nanti..

    BalasPadam
  3. watie:
    tqsm 4 the doa =)

    adieyza:
    tq dear. moga ada rezki utk kamu juga suatu hari nanti.

    BalasPadam
  4. salam...kak ain,dh bersalin lom?shima yg kene pnykit ney...alhmdllh..time fmly bwk g hosp,shima da kritikal thp 3..doc ckp,klu lmbt cket,shima koma...pnykt ni mmg tb2 coz spnjg chck up,x pnh ade prob drh tggi,kncg mns & urine albumin...doc scissor gak mlm ritu demi nk slmtkn nywa ibu..bb mmg diorg x jamin...tknn drh mlm tue tb2 naik 209/100...gile kan?bb shima d kuarkan time 34minggu...alhmdllh...2 2 slmt...shima 2 minggu ddk hosp coz ssh nk 'nil' kan blk urine albumin tu wlupn hari2 minum air masak jew...kat fb shima ade pic shima pas operate...bgkak kat muka & tgn still ade ms tue...kaki jgn ckp la..dh mcm kaki gajah...yg plg skt ht,doc kat KK salak x amik brt ms shima gtau kaki bgkak lain mcm..brt nek mndadak...dlm 2 minggu nek 5.5 kg...doc hosp ptrajaya ckp,spttnye KK salak boleh trezzzz skt ni dr awal lg...tp diorg amik smbil lewa...klu ape2 jadi ritu,mmg kami saman je klnk tue...kat johor pown ade kes cam ni...tp mnybbkn kematian..diorg saman klnk desa tue...ye la...wat keje smbil lewa...urm...smga akak slmt mlhrkan baby ek...

    BalasPadam