04 April 2011

Lif rosak.

Bila pulang ke kampung dah abah melihatkan kaki yang bengkak, abah pelik. Takkan lah kerana mengandung kaki jadi terlampau bengkak sebegitu. Lalu abah pun bertanya lah sebab musababnya.

Malas nak bersoal jawab, ai memberikan jawapan jujur: kena naik tangga ke tingkat 5 bah.

Mengucap panjang abah mendengar jawapan itu dan terpacul pula soalan, tak berhati perut ke diorang itu?

Penat nak menjawab lebih lanjut lagi, ai terus menjawab: Ai bukan anak Tan Sri, bersuamikan Tan Sri apatah lagi ada pertalian sanak saudara dengan orang-orang berada wahai abah. Siapalah yang kisah tentang perkara remeh temeh macamni.

Terus abah senyap terus tak bertanya dah.

Sekarang ini ai menggunakan tangga untuk ke pejabat yang terletak di aras 5 kerana lif rosak. Lif tersebut memang selalu rosak dari dulu lagi. Tapi baru sekarang tindakan diambil untuk memperbaiki kerosakannya yang agak besar. Lebih kurang sebulan masa diperlukan untuk memperbaikinya.

Bagi yang sihat walafiat, kuat kederat, mungkin tidak menjadi masalah besar kepada mereka untuk turun naik. Dulu di awal kehamilan pun, di mana kandungan ai hampir-hampir gugur, di mana badan ai masih sekeping melayang, lif rosak, ai redah je turun naik. Berpeluh ketiak, kembang-kempis lubang hidung, xde pun ai kisah. Kedatangan ke pejabat penuh je, dan ia tak menjadi masalah besar pun.

Tapi, dalam keadaan fizikal yang sebegini, dalam keadaan badan yang sudah membesar bagai johan, menaiki tangga ke aras 5 adalah satu perkara yang sangat-sangat mebebankan! Lagi bertambah beban bila sampai saja ke tingkat 5, terus kaki cramp. Hmmmm.

Ada terasa mau bercuti saja untuk mengelak menaiki tangga, tapi bila memikirkan taknak menyusahkan orang yang dah sedia banyak kerja untuk menjalankan tugas kita, terus rasa itu dibuang jauh-jauh. Biarlah saja tiba waktu yang sebenarnya nanti baru bercuti 60 hari. Lagi sebulan je lagi, oleh itu, hati, silalah bersabar.

Ada juga yang mencadangkan supaya ai berpejabat di tingkat bawah sahaja. Senang. Tapi, segala tok nenek kerja, fail itu semua, takkan nak dibawa turun pula. Tetap memerlukan bantuan orang untuk turun naik dan menyusahkan mereka. Lagipun, ai dan bos sentiasa berkomunikasi secara dua hala. Bila berpejabat di bawah, komunikasi mungkin hanya melalui telefon dan email sahaja. Oh, komunikasi secara tidak bersemuka bukanlah komunikasi yang berkesan dalam pentadbiran.

Apapun, doa ai,
1. Moga lif rosak tersebut dapat dibaiki dengan segeralah hendaknya.
2. Minggu depan dan masuk 36 minggu. Semoga ai bersalin awal. Tak perlulah tunggu sampai 12/5 untuk bersalin. Dah tak larat nak naik tangga tu.

oh, sebelum terlupa,

UNTUK ORANG2 BANGANG yang menjadikan benda ini satu gurauan, ingatlah doa orang teranaiya tu makbul. Ai tak perlukan kren pun atau nak didokong apatah lagi diangkat untuk naik ke atas tu. Moga satu hari nanti, ko rasa lah apa yang ai rasa ni. Tak jadi kat isteri ko, mana tau satu hari nanti jadi kat keluarga kau ke, anak cucu kau ke. Time tu barulah ko tau ape rasa yang ai hadapkan sekarang ini yang sedap-sedap je ko jadikan bahan gurauan. *series, ai memang marah kat orang-orang bangang tu.

5 ulasan:

  1. alolo.. ciannye.
    mulut org mmg cmtu.
    dont wori ain.. think +ve,
    naik tron tangga tu exercise.
    insyaallah, mudah bersalin nanti. =)

    BalasPadam
  2. ciannye ain... xpe2 amek jer cuti..syg kan diri sdr dl dr keje2 tu yer.. skit lg nk bersalin dah..sabar k... kepada org bangang tu, sy pun mara ni..jaga kamu..huh!!!

    BalasPadam
  3. org yg tak mengandung pun bole bengkak kaki turun naik tangga smpai tingkat 5.. takpe ain sabo ekk, ktorg kat bangunan nie pun selalu dpt azab yg same cam kat sane..

    BalasPadam
  4. ala ciannye ain...sabo byk2 ek...moga2 ain dpt mlhrkn bb ngn sht n slmt hendaknye ye..insyaAllah...x sabo nk tgk bb krg...nnt upload gambo byk2 ek..jgn lupe gtau akk bile lek melaka leh jmper...

    P/S: lagu ape ek kt blog ain nih...syahdu jer...

    BalasPadam
  5. umi: tq mi.

    feeza: huhu. i wish i cud. =)

    emma: kita serupa~

    kakmija: tq kak. ada jodoh nnt kita jumpa ea. =p

    p/s: tu lagu afgan, padamu ku bersujud

    BalasPadam