Rabu, 29 Disember 2010

Malam ni malaysia lawan Indonesia weh!


ai bukanlah peminat bola sepak oke! kalo tengok pun sekadar tanya kat AJ: siapa nama player tu ea?
dan bila AJ tanya kenapa ai tanya, ai akan jawab balik: saja nak tau sebab player tu EMSEM.
tu je pun motip pertanyaan ai. dan mata AJ akan terbuntang-buntang beserta memek muka tah pape tah disebabkan pertanyaan ai tu. jeles la tu! =p

cakap pasal bola, dari dulu ai hanya akan tengok game bola sepak dengan sebab:
1. abah & adik lelaki tengok bola, so, terpaksa la share channel tgok sama juga. buat-buat la minat sambil tanya nama player yang emsem.
2. bekas-bekas bopren minat bola, so buat-buat la minat juga padahal satu hapah pun tatau pasal bola.
3. channel bola a.k.a sport je tak keluarkan iklan seram time memalam ea. so bila tinggal sorang, buka je la channel tu tok bagi rumah bising-bising.

team bola yang ai tau lak dari dulu sampai sekarang pun hanyalah Manchester United je pons. eksen kan? tau yang international je, malaysia punya tak layan. =p bukan ape, dari dulu player MU je yang ramai emsem, sbb tu la ai tau tu je. lagipun, time sekolah dulu, budak-budak lelaki sekolah ai fanatik MU. bekem la, cantona7 la dorang tu, so, dari situ ai terpengaruh la sesikit. haha.

tapi tu dulu la. sekarang, tetibe ai jadi bersemangat nak tengok bola disebabkan dah 'tertengok' game with MIL dan FIL time malaysia lawan indonesia haritu. nak nanges + hepi + tak sangka bila malaysia menang. huhu. siap dapat tengok drama sinetron keeper markus kene laser lagi time nonton itu. haha.

semangat makin bertambah-tambah bila bace stori2 negatif pihak indonesia yang tak boleh menerima kekalahan tu termasuk pak presidennya. haiyoo, bila malaysia kalah, rakyat malaysia cool je. takde jadi gila macam tu pun. tapi bile time ko, emo terlebih lak. memang la semangat kenegaraan tu perlu ada, tapi tak payah la sampai bodoh sgt dengan pamerkan perangai2 negatif gitu. imej negara perlu dijaga ye bapak-bapak dan ibuk-ibuk.
conclusion yang ai buat: bila kurang pelajaran, jadi kurang diajar terus cetek pemikiran la depa nih. kan?

apepun, malam ni malam penentuan. semoga team harimau malaya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang oke. itu doa ai. bertahan atau melawan, pastikan kejayaan dalam tangan. malaysia boleh! amin.

notalipscumel:
malam ni akan nonton sambil buat esaimen. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan