28 Disember 2010

Tips menghadapi kecewa menonggeng.


Aku sangat menyampah nak menulis tentang topik ni oke. Almaklumlah, topik ni buat aku teringat balik kisah-kisah lama dan otomatik parut lama akan berdarah kembali lor. Bila dah parut lama berdarah tu, ko paham-paham je la mulut jahat aku ni akan mendoakan yang bukan-bukan je sebab marah yang hamat. Eh, eh, xbaik doa yang bukan2 tok orang, sebab, apa yang kita doa tok orang, malaikat akan doakan benda yang sama tok kita juga. =) Ingat tu momi ain!

Tapi, walaupun e-prestasi aku tak siap lagi, esaimen aku berlambak yg mane due date sume around the corner, aku cuba juga la menulis untuk seseorang kerana aku tau seseorang itu mesti akan bace juga posting ni dan harap dia pahamlah ape yang aku cuba nak sampaikan. Oleh itu, sekiranya ada salah dan silap dari segi tatabahasa dan kalau ayat tah pape, aku minta ampun ye sebab aku menulis hanya sesedap rasa dan tok orang tu bace je. Kalau aku teremosi lebih pun, mahapkan je la ye.

So, jom kita mula.

Dalam hidup ni takde orang yang suka kekecewaan = ditinggalkan, terluka, pilu sedih dan seadik-bradik dengannya lah. Kalau ada orang yang suka benda tu, bravo betty. kita patut tabik la kat orang tu sebab dia semestinya seorang yang tough, kuat dan maha hebat. Tapi kan, heshhhhh, nan ado la orang gitu!

Dan sesungguhnya bukan senang nak mengHADAP kekecewaan sebab hanya ko sorang je yang rasa dan paham ape yang ko kecewakan itu. Mebi orang lain pernah ada juga pengalaman yang sama, tapi rasa dan perasaan itu takkan sama. Takkan! Manusia ni kan, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Macam tu juga la dengan rasa kecewa. Ada yang kecewa sikit-sikit, ada yang kecewa tahap sederhana da ada yang kecewa tahap maksima a.k.a kecewa menonggeng. Kan?

Bila kecewa menonggeng, mesti kita akan bersedih beriya-iya. Tipu la tu kalo ko tak nanges bila kecewa kan? Tapi even nanges -nanges pun, cubalah kuatkan diri dan bangkit juga disebabkan beberapa perkara ni:

First,
Tuhan sentiasa ada bersama kamu.
Based on my thru experience dulu, bila aku menghadapi benda tu, satu benda yang aku ingat dan pegang time nanges merembes-rembes sambil peluk bantal sampai bantal kepam dek hujan air mata, adalah: walo apepun jadi, aku ada Tuhan. Tuhan sayang aku. Tuhan duga kita ada sebabnya. Tuhan jadikan sesuatu dan uji kita mengikut kemampuan kita. Tuhan datangkan kekuciwaan tu sebab dia nak suruh kita ingat pada dia. Sebab ea, fitrah manusia, kalau dia tak susah, takdenye dia ingat Tuhan. Kan? Lagipun, Tuhan yang menjadikan kita, so Dia je la tau apa yang terbaik untuk kita.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

See! sudah terang lagi jelas makna surah tu. So, xpayah la nak berdrama terlampau sangat sampai lupa diri bila kecewa. Tak baik macam tu ye! Tapi kan, kalau wat drama sesikit macam Marku smaskot keeper indon yg bersinetron time main bola tu xpe, sebab bila drama sesikit camtu, bagi advantage kat player mesia mase nak plan strategi nak jaringkan gol. haha. * mahap, buat iklan lak. =p

Berbalik pada tadi, macam yang aku cakap, toksah la nak beria-ria bersedih, nak lawan takdir Tuhan tu. It's kun fa ya kun. Kalau Tuhan nak dia jadi, maka jadilah ia mcm tu.
Buat macam aku ni bila kecewa menonggeng, aku fikir, dah orang tu buruk, sebab tu Tuhan nak bagi kat aku, sebab tu orang buruk tu tak bersama dengan aku. Tuhan nak bagi aku orang yang cantik dan baik sahaja. =)
Positif tetap positif walaupun dalam hati time tu Tuhan je yang tahu. (see, tuhan je yg tau la apa ada dalam hati kita. xleh lari mana pun dari Tuhan)

Seken (2nd),
Ku ada kamu wahai famili.
Bila kecewa, ingatlah, walopun kita dah xde bofren kita yang buruk tu, tapi kita masih ado makbapak ye a.k.a famili. Takat kenal bofren dua tiga pat tahun tu, apa la sangat kasih sayangnye kan kalo nak compare kan dengan kasih sayang makbapak ko yang dah bela ko 20 tahun lebih tu. Ingatlah makbapak ko yang sayang ko.
Oleh itu, nak kecewa, kecewa sorang je la, toksah la nak menyusahkan makbapak ko yang dah sedia susah dulu time membesarkan ko. Nak nanges, nanges la nenyorok, jangan bagi makbapak ko nampak yang ko nanges-nanges, yang ko tengah bersedih pastu terus orang tua tu susah hati kene fikir ape hal lak dengan ko ni kan? Cuba la pura-pura taff walohati parahberdarah. Pepandai bercinta, pepandai la heal de pain.

Third,
Sayangi diri, analisis kesilapan dan perbaikinya.
Apa pun yang jadi, sayangi lah diri sendiri. Analisa diri sendiri tang mana yang kurang, tang mana yang ko terlebih kinja time bahagia. Dari situ perbaiki diri. Kita tak boleh nak putar balik ke belakang, nak modified mana yang kurang dulu-dulu, so, kita perbaiki lah bila dah kecewa nih. Belajar dari kesilapan.

Lagi satu, berbalik kepada ingat pada Tuhan,
Cuba kita renungkan dan fikir balik. Kalau kita takde buat salah, takkan la Tuhan tu nak tarik kebahagiaan kita. kan? so, bila jadi satu tu mesti ada sebabnya. cuba fikir, kaji sedalam-dalamnya, tang mana yang terkurang tu. So, dari situ perbaiki. Siapa tahu, bila dah perbaiki, ada kebahagiaan yg lebih besar lagi menanti.

Sebagai contoh, kalau kau complete jaga aurat, jaga solat, Tuhan marah dak? Takkan? So, lu fikirlah sendiri.
Aku pun tak sebaik mana oke, sebab tu aku redha dan pasrah dengan ujian mendatang tapi dalam masa yang sama aku cuba memperbaiki diri. So, ko pun kene la macam tu.

**skrol ke atas balik jap.

Mak oi ai! dah panjang aku taip. so baik aku bagi point smpai empat je. kang jadi telenovela lak.


Ompek,
Hidup mesti diteruskan.
Dalam hidup ni macam-macam dugaan yang datang. Tak diuji, tak dapat la ko pelajaran nak jadik manusia. So, silalah positifkan diri dan teruskan hidup. Tak salah nak bersedih meratapi kematian orang yang buruk tu. Boleh. Ameklah masa tok bersedih ikot suka kau. Dah puas bersedih sampai lebam, silalah buka chapter baru. Sila fikir untuk diri sendiri. Takde sape yang boleh bahagiakan diri sendiri, melainkan diri sendiri juga la.

Dah la tu.
Nak lagi details, bila dah tenang nanti datang jumpa aku.
Sharing is caring kan?


1 ulasan: