Isnin, 6 Disember 2010

1432H

"Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungandari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin."



notalipscumels:

Alhamdulillah.
Diberi kesempatan lagi oleh Nya untuk bernafas lagi di tahun baru yang menjelma ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan