03 November 2010

Alhamdulillah, moga ada rezki kami.


Kalau pergi klinik, tak dapat ubat, tak kene sound dengan nurse, memang bukan nur ain syazrin lah. haha.

Petang semalam, pergi ke klinik lagi. Tujuan utama adalah untuk scan 3 bulan. Petang-petang di klinik kesihatan mantin adalah tenang oke. 3 ibu mengandung, 2 orang baby yang menunggu giliran untuk di periksa. Lain kali, elok datang petang je lah. Tak serabut.

Masuk bilik doktor, terkejot sekejap. Selalu doktor perempuan, tapi kali ni yang tukang periksa adalah doktor lelaki India yang berbadan besar. Haishh! Naik darah ni bila nengokkan doktor. Nasib time scan, nurse yang buat. Takde la malu merah jambu sangat. Doktor cuma bagi penjelasan tentang imej di skrin sahaja.

Dan, tatkala di skrin memaparkan imej kepala badan, tangan dan kaki yang comel itu, diri ini terkaku.

=,)

Masya Allah. Speechless saat melihat kepala, tangan dan kaki itu. Macam tak pecaya, si kecil itu yang berada dalam perot ni. Dulu time scan, titik besar bulat kaler hitam je. Sekarang, dah cukup sifatnya. Air mata ditahan dari mengalir. Perasaan di kala itu sukar nak digambarkan. =,) Hilang sakit pening mual secara tiba-tiba. Lupa keadaan berdarah dan keadaan penat ketika muntah-muntah yang telah dilalui. Laf u baby, laf ur papa too. =p

Nurse yang ada di sisi pun mengucapkan syukur sbb nurse tu memang tahu kondisi ai cemane.

Melihat keadaan diri yang diam terkaku, doktor potong stim menegur, 'awak nampak ke tak ni? Ni heartbeat taw. Heartbeat ok. Ish, susah pula nak capture kaki baby. banyak bergerak ini baby.' *doktor bebel2

Haha doktor ni. Op coz la ai nampak bukti kekuasaan Allah yang Maha maha Berkuasa itu, yang mencipta si kecil yang mendiami perot kecil ai di kala ini. Masya-Allah!

Tapi, dalam keriangan2 ai melihat hasil peng'scannan itu, tetap ada juga yang tak bez.

1. Urine still poblemos. Bila da problem Doktor mesti sebut tentang threatened miscarriage (TM) itu. Haishh, nyampah. Nurse lak memekak2 suro minum air 2 liter. * Wahai Pn. Nurse, tak larat kencing dah oke sbb minum air yang banyak tu! Panties pun asek basah je dah ni.

2. Tekanan darah masih rendah. Heran. Walopun ai suka marah2, ia tetap rendah juga.

3. Setiap kali datang ada je ubat yang dia bagi. Nasib kali ni ubat kaler pink. So, skrg ni semangat la sket time nak makan ubat nnt sbb ada kaler pink. =p

4. Perot masih sakit lagi dan doktor ulang cakap lagi tentang TM itu. Apapun, doktor suroh tengok dulu cemane appointmnt ai dengan GH 11 Nov nanti. Since baby still fragile, ai kene maintain kan sikap 'berlemahlembap' ai itu.

5. im tired of being lemahlembap (lemah lembut sopan santun) oke! bila lemahlembap ai jadi lemau, xde mood nak buat semuanya. dari dulu lagi ai tak suka orang yang camtu. kawan-kawan ai pun tade yang camtu. Kena gelak perlahan, kene jalan cam orang sakit, terhadkan segala aktiviti. Haishhh!! Stress haku!

6. nurse sound, lenkali pakai kasut rendah sikit ye sayang! haha. baiklah! ni pun buat ai stress juga.

highheels = build your confident oke! tak caya gie la class personality development. tambah pulak bunyi tuptaptuptap itu, ia membantu menambahkan lagi keyakinan seseorang di pejabat. lagi2 kalau kasut bertutup penuh, tinggi, lagi la confident level bertingkat2 jadinya. tertutup semua ukiran pelik2 di kaki. =p

kasut rendah = kasut rendah ai pakai gie kedai, gie soping je. bukan gie opis. mood macik2 je kalo pakai kasut cam gitu gie pejabat.

alahai. papepun, ai cuba la pakaikan juga.

7. setiap kali orang tanya cemane keadaan ai, ai jawab oke je la. malas nak ckp bebanyak. nak tau detail gie la tanya doktor ai. =p hepi2 je sudah. dun wori, be hepi.

8. muntah2 menjengah kembali. ades!

9. apepun yang jadi, ai bersyukur atas kurniaan ini. terima kasih Tuhan. semoga ada rezki kami.

14 ulasan:

  1. Ajaib kan bila tengok si kecil tu bleh idup dlm perut kita??? Macam x percaya... bila dia dah keluar nnt lagi la mcm x percaya...(even anak ai dh umo 10 bulan skrg pon ssh nk caya lagi..hikhikhik...) Apa pon, kite sentiasa doakan untuk kakak ye... Kepada DIA kita berserah... DIA maha penyayang dan maha mengasihani... =)

    BalasPadam
  2. ain,mmg kena minum air byk..jgn mengeluh kalo asek berulang ke toilet..pahala semua tu..untuk baby dlm kandungan tu, ain kena kuat dan tabah tau..tp bab minum air tu mmg HARUS minum at least 3LITER sehari ok..

    BalasPadam
  3. wahhh..x sabar ni nk dapat anak buah...ko kene berkorban skit la sis yer utk kandungan ko tu..berlemah lembut...jg diri elok2..ikut ckp doktor n nurse ko tu...sumenyer utk kebaikan jagn kan..harap2 sumenyer baik2 saje...aminnnn...luf u..huhu

    BalasPadam
  4. huuu..sonokkan ain, tgk bb gerak2 kt dlm peyut tu..teringat lak luq2 dlu..mang xduk diam..4bulan dh tau boy coz doc ckp nmpk bird..he3

    BalasPadam
  5. zura: yep, sgt ajaib.

    kakzimah: baik kak. 1st experience, tu yg byk songeh tu. =p

    qeen: laf u too sista.

    fida: yep, mmg sgt sronok. cam nak gie scan ari2 lak. =p

    BalasPadam
  6. hmmm mcm terkenang je masa i di tmpt ain, asyik nk scan je tgk si tecik tu... pastu tiap kali scan, doc print gmbo, duk tgk tu je tiap mlm ulang2... :)

    BalasPadam
  7. lama x nyinggah kat blog ain...semoga sihat2 ibu n baby.amalkan membaca surah dalam al-Quran

    BalasPadam
  8. maa:
    =) beh je tgok gmbo baby.

    kak hani:
    tq kak. insya-Allah, harap semuanya ok.

    BalasPadam
  9. emmm..best kan bila scan time. Tiap2 kali check up..tak sabar coz doc scan n kt dpt tgk bb..

    take care...n jgn skip mkn obimin tu..kaler pink, mood nk telan cam best ckit kan..hehe :)

    BalasPadam
  10. u tak suka kawan dgn i yg lemah lembut sopan santun ni ke?cmtu tanak kawan dhla *majuk*

    -gajahputih

    BalasPadam
  11. elin:
    bez sgt. xsabar nak gie jmp doc. tp jmp nurse tanak. haha.

    GP:
    u lembut je, tapi tak lemah. kogheh ati. tu yg ai like tu. *eh, da mcm laki lak suka2 =p

    BalasPadam
  12. aku dh lalui sume tu jg ain..sabar jer la setiap org dugaannye lelain..xpe insyaallah kejap jer tu..bl dh kuat skit kandungn tu nnt ko pn insyaallah akn ok jg.. =)

    BalasPadam
  13. feeza:
    amin. harap2 aku oke la nnt mcm ko juga.

    BalasPadam
  14. hi..slamat menempuh alam yg penuh dugaan tp yg pasti ia kenangan yg sangat manis bila dikenang nnti.. banyakkan sabar..ye SABAR..n ye highheels build our confident but untuk sementara waktu n for your baby..try to avoid ok..
    be happy jgn stress2 k..hehe ;)

    BalasPadam