20 April 2010

Prosedur Kahwin Luar Kariah

Kes 1:
SAYA berharap untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan. Saya berasal dari Kuala Lumpur dan kekasih saya berasal dari Terengganu. Majlis perkahwinan akan diadakan di pihak perempuan di Kemaman, Terengganu. Saya telah diberitahu saya perlu menukar kad pengenalan saya untuk berkahwin di luar daerah. Apakah prosedur yang harus saya ikuti?

Jawapan:
Had umur minimum mestilah dipatuhi iaitu 18 tahun bagi pengantin lelaki dan 16 tahun bagi pengantin perempuan. Pasangan yang akan berkahwin juga diwajibkan untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan. Kursus ini dianjurkan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta. Sekiranya saudara menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak swasta, sila pastikan bahawa kursus tersebut diiktiraf oleh kerajaan negeri. Saudara haruslah menyimpan sijil yang diberikan di akhir kursus.

Permohonan untuk kebenaran berkahwin haruslah diajukan kepada pihak jabatan agama Islam negeri. Borang permohonan akan diberikan oleh jabatan agama Islam.

Oleh kerana saudara berada di Kuala Lumpur, maka permohonan haruslah diberi kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Pasangan saudara pula akan merujuk kepada pihak Jabatan Agama Islam Terengganu.

Oleh kerana saudara berada di luar kariah pihak perempuan, maka permohonan di kariah perempuan haruslah dengan kenyataan pendaftar kariah tempat tinggal lelaki.

Sila bawa dokumen-dokumen berikut semasa melakukan permohonan:

1. Bukti pemastautin
2. Pengesahan status bujang oleh majikan atau ketua kampung.
3. Kad pengenalan dan salinannya.
4. Sijil kursus pra-perkahwinan
5. Surat kebenaran wali (jika berkaitan)

Borang permohonan ini hendaklah disampaikan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh perkahwinan. Adalah dinasihatkan agar saudara memohon dengan lebih awal bagi memastikan kesulitan tidak timbul kerana kesuntukan masa.

Pendaftar akan menyatukan borang-borang ini dan meneliti bagi menentukan segala keperluan telah dipenuhi. Sekiranya pendaftar berpuas hati, maka surat kebenaran berkahwin akan dikeluarkan. Bagi menjawab soalan saudara mengenai penukaran kad pengenalan, adalah dimaklumkan bahawa ia adalah tidak perlu bagi menjalankan perkahwinan diluar kariah tempat tinggal saudara.

Kes 2:
Saya adalah perempuan dan akan berkahwin tidak lama lagi di Melaka tetapi alamat kad pengenalan beralamat di Negeri Sembilan. Apakah borang atau prosedur yang perlu saya lengkapkan?

Jawapan:
Saudari perlu mendapatkan borang pengesahan bermastautin (mengambil kira permastautin ibu bapa dan akan bernikah di Melaka) dari Jabatan Agama Islam Melaka. Sekiranya JAIM menolak permohonan borang tersebut, saudari perlu mendapatkan pengesahan bermastautin dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan seterusnya membuat permohonan berkahwin di Melaka.

sumber: Utusan Online, Jabatan Agama Islam.

6 ulasan:

  1. kalo bakal somi aku org ostrolia ?

    p/s : aku lom baca lagi :D

    BalasPadam
  2. bie:
    kalo somi ko org OSTROLIA, soh dia bawa visa & surat kebenaran kawen dari OSTRALIA + surat perakuan dia BUJANG. harap maklum!

    BalasPadam
  3. haha..klo kt n9 x kira umur kna kursus kawen..klo kat selangor tak salah atas 45 or 50 x perlu..itu pasai bapak akak menikah kt selangor.apa la rope da berumur g kursus kawen campur ngn dak muda belia cam ain ni...malu ler pulok...ye kome...?

    BalasPadam
  4. kak hani,

    oo, yeke?
    papepun, abah akak selamat suda! kan?
    :p

    BalasPadam