12 April 2010

Pantang Larang Bakal Pengantin

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

17 ulasan:

  1. cik ping...jgn makan kapla ayam tau..nanti terlena lak masa bersanding...hhihihi

    BalasPadam
  2. banyaknya pantang laraanggg....

    BalasPadam
  3. ommakkaiiii...kan main berjela laie pantanglarang...X koser hoccay...very theeeeee *sib baik dah tawen...ark ark ark*

    BalasPadam
  4. aku hantam saja labu tade pantang cuma kecuali 39 je. memang aku duk membelakangkan cermin masa mekap sebab tak cukup cahaya :P *bukan sebab pantang*

    anyway manalah kau dapat notes ni??

    BalasPadam
  5. cik linda:
    ark ark ark.
    xsuke leher ayam pun, kaki ayam lagi la takot nk makan =p

    BalasPadam
  6. kak hani:
    pantang tu diibaratkan mcm nasihat je kak. terpulang nak ikot ke tidak =)

    BalasPadam
  7. kokin:
    mana yg baik jadikan teladan. kalo tak cukup ilmu cari sifu jadi rujukan =p *wah, berpantun suda

    BalasPadam
  8. piya:
    cam biasa, cari ilmu dengan googling sbb maleh nk g library. =)

    BalasPadam
  9. masalahnye kau carik ilmu hape malas gi library?? :P

    BalasPadam
  10. piya:
    ko igt ilmu kawen tade kat lebry ke?
    ade tau. kat national lebry.
    =p
    =p
    =p

    BalasPadam
  11. wow! kak cik dah x sabar tu!!!!!

    :P

    BalasPadam
  12. bie:
    yeyyy, blogging sudah

    bukan tak sabar lar, tergarets cam ema sikit je =p

    BalasPadam
  13. hehe kalau rajin and terdaya ikut mane yg mampu.paling takut kalau kene santau laa

    -kocha

    BalasPadam
  14. kocha:
    yep, ikot mane yg mmpu je.

    *takot jg part yg u takot tu.

    BalasPadam
  15. erk.. byknye kurafat =p

    ~ustajah

    BalasPadam
  16. tazah:

    alamakkk, ustazah da sound

    BalasPadam
  17. ada juga yg ada kebenarannya...

    BalasPadam