01 April 2010

Coretmoret Hari Besar

3 bulan je lagi majlis besar saya.
=)

persiapan?
ada yang da selesai, ada yang sedang dan ada yang belum buat langsung.
normal la tu. skrg rasa banyak masa lagi. da tinggal sebulan nak dekat nanti baru la gelabah biawak tak cukup tangan nak buat semua. =p

sedikit coret-moret tentang majlis saya.

1. majlis resepsi akan diadakan di Melaka tanah tempat tumpah darah ai. majlis adalah sepenuhnya cara kampung okey. bermula dari 'berkampung' di mana orang kampung akan berkumpul dan berbincang tentang pembahagian tugas sebulan sebelum majlis. kendian, mereka akan masakmemasak untuk jamuan makan pada hari kejadian secara bergotong-royong. so, toksah la berharap untuk majlis keles2 ala2 VIP ye uols. =)

2. kebanyakkan barang keperluan untuk kenduri adalah dari 'hasiltanam' oleh sedara mara. takpasti sama ada 'tanam' itu adat atau perkara kebiasaan yang dilakukan oleh orang kampung. tp ia dilakukan bagi membantu meringankan beban majlis perkahwinan si tuan rumah.
sebagai contoh, ketika majlis perkahwinan anak pakngah saya, ibu saya 'telah menanam' dengan membayarkan perbelanjaan bagi 100 ekor ayam. oleh itu, ketika majlis perkahwinan saya, pakngah akan membalas 'tanam' itu dengan melakukan perkara yang sama juga . kalau diikotkan dari senarai ibu, ramai juga la yang akan membalas 'tanam' pada majlis saya.

3. saya akan dinikahkan selepas asar. dan malamnya akan diarak/dijulang, dibakar2 bunga api di depan perantin dan disandingkan. =) besoknya pula akan diarak dan disandingkan sekali lagi. 2kali ko! adess. redah je lar.

4. oleh kerana ic saya adalah beralamat negeri sembilan, dan mau bernikah di melaka, saya perlu mendapatkan surat kebenaran bernikah di luar negeri sembilan. ades, sangat menyesal sekarang ni sebab guna alamat n9 dalam ic. kan da banyak proses!

5. perkara ai takotkan ketika majlis adalah, mekap tak santek. =p haha. takot akan terkilan dan tak dapat menerima kenyataan selepas hari kejadian.

6. hanimun kat mana? oh, hanimun ai dipospon bagi memberi laluan pada bulan Ramadhan. haha. seminggu selepas majlis ai selesai adalah bulan puasa. FYI, dulu ai ada cadang kat dakpinkL untuk hanimun camping dihutan. tapi ia telah ditolak atas alasan tak sesuai. ceh, tak sesuai lak, bez apa, tak pernah org buat tau hanimun sambil camping.

7. ibu seperti sudah mengalah bila ai asek la ulangcakap mau cari makandam sendiri. mungkin dia sudah penat kot mendengar ayat itu. =p tapi ayat ibu bila jawab: suka ati ko la, dalam nada2 macam tak eklas, buat ai belah bagi. dabel meaning ayat itu. tapi tak mengapa, sebab ai suda ngadudomba kat abah ngatakan mau cari makandam sendiri, mebi ibu akan eklas hati kot ngikot kata ai.

pesan abah: ko langgar je kak. biar je ibu tu. ark ark ark *gulp! xpenahnya nak series la abah ni.

8 ulasan:

  1. Akak dulu 2 minggu pas majlis terus bulan ramadhan...x sempat honeymoon kt tmpt best2...dpt pre honeymoon kt Genting jek lps raye...tp mase tuh dah berisi plus mabuk...terkilan smpi skrg...huhu (luahan ati)

    BalasPadam
  2. kak mai:
    ye ke kak?? alahai, siannya. (ingt lg, time akak kawen tu, ai baru je start keje kat usim.)

    hurm, mebi ai pun akan dapat nasib yg same juga kot mcm akak. =p

    BalasPadam
  3. dah terbayang2 betapa meriahnya majli kooooo...very theeee...slamat penat2 yer!!! enjoyyyy...

    BalasPadam
  4. kokin:
    hai, terbayang sudaaaa ye.
    ai da terbayang penat je. =p

    BalasPadam
  5. org belah n9/melaka mmg kawen bakar mercun kn kak.hr tu sepupu kazaa kawen dgn org n9,bakar mercun mln tu mak dia kate 'dh mcm kawe cina dh'.sy ckp org n9 mmg cmni :P

    -kocha

    BalasPadam
  6. kocha:
    yep, mercun bunga api mmg da jadi org belah selatan time sanding malam.
    =)

    BalasPadam
  7. hoi! * merujuk stetmen no.6.

    animun camping....wah..betul2 aum tu * rimau kat sebelah

    cik beby

    BalasPadam
  8. bie:
    ko nmpk stetmen 6 je kan

    *ala, bukan selalu nak aum sebelah rimau. =p

    BalasPadam