17 Mac 2010

Kenapa kita diuji?

REPOST untuk tatapan orang itu yang sedang bersedih. i kno ur feeling dear. it's hurt. but u shud be strong + be positive k?
yup, mmg kite rase sdih+down sgt atas ujian itu. Rasa xboleh nak teruskan hidup. Rasa xboleh nak buat satu benda pun. Asek menangis. Tanak makan. Makin kurus. Tp kite kene sedar, setiap apa yg jadi tu ada sebab & hikmahnya. Tuhan je yg tahu knape dia turunkan ujian sebegitu.

Meh baca ni biar kamu rasa tenang. *dulu, kalo sedih, ai mesti bace ni byk kali.

Manusia merasa dugaanNYA itu hanya ketika dia merasa sedih atau tak gembira. Tp ketika sedang gembira juga, DIA sebenarnya sedang menguji kita. =)


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Al-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka."
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


"bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan org yg menyakiti kamu kerana dialah org yg menabahkan hati kamu,
bersykurlah kepada Allah kerana mengadakan org yg menipu kamu kerana dialah org yg meningkatkan pengetahuan kamu,
bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan org yg menyeksa kamu kerana dialah org yg menguji kesabaran kamu."

~with ♥,

5 ulasan:

  1. erm...ye..bersangka baik terhadap semua ujian-NYA...tapi kdg2 bersangka buruk gaks..wuaaa..dose..

    BalasPadam
  2. things happen 4 reason. igt tue. =p

    BalasPadam
  3. sesungguhnya, tuhan tu maha berkuasa. lagi kita diuji bermakna lagi dia sayangkan kita. :)

    BalasPadam
  4. good en3...sapakah gerangan sdg bergundahgulana itewww?

    BalasPadam